in

“Saya berseorangan waktu tu” – Waheeda Wassini Kongsi Detik Terkena ‘Heart Attack’

Waheeda 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesiapa yang pernah alami serangan jantung, pasti akan rasa cemas dan kalau boleh tak mahu situasi yang sama berulang lagi. Lebih menakutkan apabila terkena serangan jantung ketika sedang berseorangan.

Situasi yang sama berlaku kepada penyanyi yang popular dengan lagu ‘Wassini’, Waheeda menceritakan detik cemas apabila dirinya terkena serangan jantung seorang diri.


Waheeda 1

Seorang diri di pusat beli belah

Menurut Harian Metro, sewaktu itu, Waheeda sedang berada di pusat beli belah seorang diri dan tiba-tiba dirinya berpeluh serta rasa sejuk sehingga sukar untuk menggambarkan perasaan ketika itu.

Tiba-tiba rasa peluh sejuk dan saya sendiri tidak dapat hendak menggambarkan perasaan ketika itu. Ada rasa hendak muntah, rasa seperti hendak pitam namun saya kuatkan diri ke kereta.

Waheeda berkata, dia rasa takut sekiranya ketika itu dia pengsan atau tidak sedarkan diri dalam kereta dan tiada siapa yang menyedari tentang perkara itu.

Namun ketika berdepan serangan jantung itu, saya juga sempat meminta nasihat sepupu yang juga seorang doktor.

Katanya sekiranya berlaku lagi pada masa hadapan, saya tidak boleh lagi mendapatkan rawatan di klinik sebaliknya terus ke unit kecemasan di hospital.

Rasa kematian semakin dekat

Luah Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab, kejadian itu berlaku selang sehari selepas arwah Kelly, pemain bass terkenal meninggal dunia akibat serangan jantung. Oleh itu, dia merasai kematiannya semakin dekat apabila diserang penyakit yang sama.

Pada usia begini, kalau tidak saya meninggal dunia dahulu, suami saya, itu saja yang berada dalam fikiran ketika ini.

Artikel berkaitan: ‘Menghilang’ Hampir Sedekad, Waheeda Wassini Bakal Buat ‘Comeback’?

Artikel berkaitan: Waheeda Tolak Dakwaan Suami Tak Bagi Menyanyi, Cerita Hal Sebenar Kenapa Berhenti Dunia Seni

Waheeda menceritakan pengalaman ini ketika sedang menjayakan sesi temu bual menerusi sebuah program televisyen. Katanya, dia akan membuat kemunculan single dalam tempoh suku pertama tahun 2024.

Sepanjang tempoh 15 tahun menyepi, saya banyak mencari ilmu dan memahami al-Quran. Saya kembali aktif bukan sebagai penyanyi namun sebagai pemuzik. Cuma kenapa tempoh 15 tahun, saya tiada jawapan.

Sebelum ini, Waheeda pernah hilang lebih sedekad dan bakal membuat kemunculan semula dalam industri muzik tempatan.

Apa-apa pun, kita doakan agar Waheeda diberi kesihatan yang baik.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.