in

“Murah maruah kau sebagai lelaki” – Netizen Cemuh Lelaki Cerai Isteri Sempurna Untuk Kahwini Cinta Pertama

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkahwinan ni bukanlah perkara main-main, biarlah bila buat keputusan tu niat memang nak bahagia hingga ke jannah bukan sebab nak lupakan kekasih lama atau niat semata nak berkahwin je…


Macam lelaki yang membahasakan dirinya Am ni. Dia telah kongsikan kisahnya di grup Kisah Rumah Tangga di Facebook tentang macam mana dia boleh tergamak ceraikan isterinya kerana nak berkahwin dengan bekas kekasih.

Menurut Am, dia mengahwini isterinya Imani selepas kecewa dengan bekas kekasihnya, Mila yang curang dengan lelaki lain.

Am berkata, walaupun dia telah mengahwini Imani dan dah dikurniakan seorang anak lelaki, perasaan cintanya terhadap Mila masih kuat.

Tambah lelaki ini lagi, walaupun Imani merupakan seorang isteri dan ibu yang bertanggungjawab, lemah lembut, cantik dan sangat menghormati keluarga Am, kasih sayangnya pada Imani tetap tak sama banyak seperti Mila.

13 Tip Cara Melayan Isteri Dengan Baik
Gambar hiasan

Namun, perkahwinan Am mula diuji bila dia bertemu semula dengan Mila yang kebetulan baru saja bercerai dengan suaminya. Am dibuai cinta dan sering berjumpa Mila hingga 2-3 hari tak pulang ke rumah.

Boleh dikatakan, dia adalah wanita yang sempurna dari segi rupa dan akhlaknya tapi aku bodoh dalam menilai dia. Bila aku dah jumpa semula dengan Mila, aku lalai.”

Satu hari, Mila memberitahu Am yang dia hamil anaknya. Pada awalnya, lelaki ini menolak kemungkinan tersebut, namun Mila mengatakan yang dia dan bekas suaminya dah lama tak bersama dan dia hanya pernah tidur dengan Am saja.

Bukan tu je, Mila meminta Am untuk bertanggungjawab tapi meletakkan syarat untuk tak nak menjadi isteri kedua.

Walaupun berbelah bahagi, Am memilih untuk bersama dengan cinta pertamanya. Jadi, pada malam itu, selepas Imani pulang, mandi dan tidurkan anaknya, Am memanggil wanita ini ke ruang tamu untuk “berterus terang”.

Isteri Ingin Minta Cerai Dari Suami Nasihat Pakar
Gambar hiasan

Tanpa penjelasan dan dengan lafaz bismillah, Am memegang tangan Imani dan menceraikan wanita malang ini dengan talak tiga. Malam yang sama juga, Am keluar dari rumahnya dan tinggal bersama Mila.

Dalam proses penceraian aku dan Imani, aku tak pernah call atau tanya khabar dia dan anak aku. Aku dah pun berkahwin dengan Mila. Tapi kebahagiaan itu hanya sementara. Tiba-tiba aku jadi rindu yang teramat pada Imani dan anak aku.”

Kerana rasa rindu yang tak keruan, lelaki ini pergi mencari bekas isteri dan anaknya semula di rumah lama mereka tapi dia dapat tahu Imani dah pun berpindah.

Bila Am pergi ke rumah bekas mentuanya, dia dapat berita yang Imani dan anak lelakinya, Noah telah pun meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Aku pengsan. Buat Imani abang, maafkan abang, sayangku. Imani bidadari abang, Imani tetap isteri abang dunia akhirat. Ampunkan dosa abang terhadap Imani.”

Buat anakku, maafkan papa. Papa abaikan mu anakku. Ampunkan dosa papa. Papa rindukan Noah sangat-sangat.”

Ekoran dari perkongsian lelaki ini, netizen telah meluahkan rasa marah dan tak puas hati terhadap lelaki ini kerana masih mencari isteri yang dia ceraikan talak tiga dan anaknya hanya untuk berkahwin dengan cinta pertamanya.

Screenshot 2020 01 06 At 2.59.42 Pm Screenshot 2020 01 06 At 2.59.54 Pm Screenshot 2020 01 06 At 3.00.12 Pm

Manusia ni memang selalunya sedar bila dah terlambat. Apa-apa pun, moga Imani dan Noah bahagia di jannah…

 

Baca: “Cepatlah jatuh talak” – Isteri Curang Dengan Doktor Minta Suami Ceraikan Sebab Nak ‘Join’ Party Janda-janda

Screenshot 2020 01 06 At 3.11.15 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.