in

“Cepatlah jatuh talak” – Isteri Curang Dengan Doktor Minta Suami Ceraikan Sebab Nak ‘Join’ Party Janda-janda

Collage 17

Kes curang ni macam dah jadi sebahagian dari berita harian pulak sekarang ni. Baru-baru ni, tular video suami belasah doktor yang hingga ke hari ini masih jadi buah mulut netizen.

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1180205988776775680

Dari video dekat atas ni, korang boleh tengok doktor ini yang tiba-tiba dipijak dan diterajang dengan lelaki yang dikenali sebagai Aiman kerana didakwa ‘berskandal’ dengan isteri Aiman yang merupakan seorang jururawat. Korang boleh baca sinopsis kat bawah ni.

Egdvgbzu8Aag0Ob 1 Egdvgciuwaaxo4D 2

“Memang husband dia ada trust issue dan my sis pun dah fedup”

Ekoran dari tularnya video dekat atas ni, seorang pengguna Twitter yang mendakwa dia adik kepada isteri Aiman telah mengeluarkan statement.

Dia mengatakan yang punca kakaknya curang dengan Aiman kerana tak tahan sering dituduh curang sejak bertunang hingga dah kahwin.

“Siapa je tahan kan hari-hari dituduh bukan-bukan padahal orang tu sibuk bekerja dan rasa diri tu tercabar.

“Sekali mimpi my brother in law tu jadi kenyataanlah sebab selalu dok menuduh bukan-bukan, jelaous tak tentu pasal since diorang engaged lagi.”

Pengguna Twitter ini turut mengatakan yang keluarganya tahu mengenai skandal kakaknya dah sudah pun berjumpa dengan doktor tersebut untuk berbincang mengenai perkara itu.

“My family dengan family belah sana pun dah jumpa doktor tu dah bincang elok-elok supaya jangan berkawan lagi dah sebab masing-masing dah berkahwin kan.

“Diorang pun tak jumpa lagi dah tiba-tiba my brother in law balik KL terus serang doktor tu without any explanation.”

“Takkan solat selama tiga jam?”

Tak lama kemudian, lelaki yang membelasah doktor tersebut, Aiman Ariff Ahmad Amirudin menjelaskan situasi sebenar insiden yang berlaku.

Menerusi temubual bersama mStar, Aiman berkata yang dia memukul doktor tersebut kerana amaran supaya dia berhenti jumpa isterinya tak diendahkan.

“Saya belum gila nak pukul orang sebab saya tak pernah ada rekod jenayah sebelum ini. Tapi siapa tak marah kalau dengan bangganya doktor tu masuk rumah saya.

“Mula-mula wife cakap masuk ke dalam rumah untuk solat. Tapi takkan solat selama tiga jam? Saya juga pernah warning doktor tu pada 19 September minta jangan jumpa wife saya lagi.”

Saya call dia dari Dubai. Tengok-tengok saya dapat video bukti mereka masih lagi berjumpa sehari selepas saya call dia. Apa awak rasa?”

Mengenai dakwaan yang dia seorang cemburu buat, dan sering menuduh bukan-bukan terhadap isterinya.

“Saya tak rasa ini isu jealous tetapi curang. Isteri orang curang dengan suami orang. Mana keadilan saya seorang yang dianiaya.”

Sejujurnya isteri saya dah curang dekat lapan bulan. Saya dapat tahu pun dari mak mentua saya kerana dia tidak mahu bersubahat.”

Isteri tak sabar nak jadi janda

Menurut Aiman lagi, isterinya ini sering minta cerai sejak awal tahun lagi dan ketika itu dia tengah hangat bercinta dengan doktor tersebut.

Isteri minta cerai sejak dari awal tahun lagi. Dia juga pernah block nombor telefon saya selama tiga bulan. Waktu tu dia sedang hangat bercinta dengan doktor tu tapi saya tak ada bukti ketika itu.”

“Sebab tu saya berdiam diri dan bertanya mana salah saya. Selepas solat istikharah Alhamdulillah semua terbongkar.

“Saya ada semua bukti. Acces card keluar masuk, video CCTV, video pengakuan mereka berdua termasuklah resit hotel.”

Bukan tu je, seorang pengguna Twitter juga memuat naik beberapa gambar perbualan wanita ini minta cerai daripada Aiman serta meminta kawannya untuk cover kalau-kalau suaminya tanya.

Eggv0Fzu4Aa1 L7 1Eggv0Qmucaav9Gm 1Eggv01Gucaevh6U 2Eggv1Elvuaatc3I 1

Dekat bawah ni pulak adalah video rakaman CCTV dikatakan sewaktu doktor tersebut datang ke rumah untuk “tumpang solat”.

“Tipulah saya tak sayang isteri saya lagi. Tapi menipu itu adalah pilihan”

Bila ditanya apa tindakan Aiman bila hubungan sulit isterinya dan doktor tersebut terbongkar, Aiman hanya berharap isterinya insaf.

Saya tak pukul dia. Dayus kalau lelaki pukul perempuan. Macam mana jahil pun jangan pukul perempuan.

“Tipulah saya tak sayang isteri saya lagi. Tapi menipu itu adalah pilihan. Jagan pernah salahkan orang lain kerana itu pilihan awak.”

Aiman juga mengaku yang tindakannya membelasah doktor tersebut adalah keterlaluan dan dia melakukan perkara tersebut kerana terlalu marah.

Saya tak cakap apa saya buat tu betul. Sebab tulah lepas pukul doktor tu saya sendiri ke balai untuk serah diri.”

Kalau korang nak tahu, pihak polis Kajang telah pun mengesahkan yang dorang dah terima laporan mengenai insiden ini.

Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 323 serta 506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaha mendatanagkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah.

 

Baca: “Saya nampak dorang bercium dekat konsert Blackpink” – Rupanya Tyra Kamaruzzaman Curang Dengan Sepupu Sendiri?

Screenshot 2019 10 07 At 11.21.00 Am