in

CEO Nvidia Kantoi Lagi, Kali Ini Ada ‘Affair’ Dengan Kakitangan Sendiri & Berdepan Tindakan Penyingkiran

Ft Jensen Huang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia teknologi kini bergegar! Lembaga pengarah gergasi cip global, Nvidia, dilaporkan sedang mempertimbangkan langkah drastik untuk menyingkirkan pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mereka, Jensen Huang.

Ini susulan kontroversi panas membabitkan hubungan sulit beliau dengan dua wanita, termasuk seorang yang didakwa mempunyai kaitan rapat dengan pihak perisikan China.


Artikel berkaitan : “Bukan sebab dah tak cinta…” – Ini 7 Alasan Psikologi Kenapa Orang Yang Baik Pun Boleh Curang

Artikel berkaitan : Kantoi Curang Dengan Calon STPM, Suami Pempengaruh Mohon Padam Gambar Konon Sebab Nak Jaga Air Muka

Mengaku curang dengan isteri lepas isu tersebar

Menurut laporan eksklusif media Amerika Syarikat (AS), lembaga pengarah syarikat teknologi itu dijangka mengadakan mesyuarat tergempar bagi menentukan kedudukan Huang, 63, berdasarkan laporan The Wall Street Journal yang memetik individu dalaman.

Lebih mengejutkan, pendedahan ini menyusul selepas The New York Times melaporkan Huang turut didakwa menjalinkan hubungan sulit kedua dengan staf dalaman syarikat sendiri.

Akhbar berkenaan mendakwa mempunyai bukti video yang merakamkan aksi mesra beliau bersama Naib Presiden Nvidia bagi sektor penjagaan kesihatan, Kimberly Powell, 48.

Screenshot 2026 11 12 152336

Powell yang merupakan antara wajah penting dalam usaha Nvidia memperluaskan teknologi cip ke sektor pendidikan tinggi dan kesihatan, dilaporkan dilihat bermesra dengan Huang di sebuah hotel ketika menghadiri persidangan di San Jose, California.

Sebelum kontroversi itu terbongkar, Huang terlebih dahulu mengaku menjalinkan hubungan sulit dengan Alice Huang, seorang eksekutif kanan syarikat pusat data berpangkalan di Singapura, Megaspeed.

Menurut The Wall Street Journal, kedua-duanya pernah dirakam bergambar bersama di Taipei pada tahun 2024 dan 2025.

Isu ini mula mencetuskan kebimbangan serius mengenai keselamatan negara apabila agensi perisikan AS edarkan memo pada musim bunga lalu yang mendakwa Alice Huang sebenarnya adalah ejen Kementerian Keselamatan Negara China.

Menyedari bahaya di ambang mata, Huang menerusi nota kepada kakitangan Nvidia pada Ahad lalu secara terbuka membuat pengakuan:

“Saya berlaku curang terhadap isteri saya.”

Beliau turut menegaskan bahawa Alice Huang langsung tiada sebarang pertalian keluarga dengannya.

Pada hari yang sama, lembaga pengarah Nvidia mengumumkan langkah memulakan siasatan bebas susulan laporan bahawa CEO mereka telah menjadi sasaran operasi perisikan asing. Mengulas mengenai tindakan itu, Huang menyatakan sokongan penuh dan berjanji memberi kerjasama sepenuhnya:

“Saya menyokong siasatan itu dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya. Saya menyayangi negara dan syarikat kita.”

Tidak habis di situ, The New York Times turut melaporkan bahawa Kongres AS telah memanggil Huang untuk memberikan taklimat secara tertutup berhubung interaksinya bersama Alice Huang.

Kontroversi panas ini meletus ketika Nvidia sedang menikmati lonjakan nilai saham susulan boom industri kecerdasan buatan (AI).

Screenshot 2026 11 12 152737

Untuk rekod, Nvidia merupakan syarikat yang bertanggungjawab merekabentuk komponen canggih dikenali sebagai Unit Pemprosesan Grafik (GPU), yang asalnya dicipta khusus untuk grafik tiga dimensi (3D) dalam permainan video.

Kebanyakan cip pemprosesan berteknologi tinggi keluaran mereka dihasilkan oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC), iaitu pengeluar cip kontrak terbesar di dunia.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.