in

Enggan Vaksin, Budak 4 Tahun Maut Selepas Ibu Bapanya Positif Covid-19

1Budak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun maut dalam tidur selepas dia dan ibu bapanya disahkan menghidapi Covid-19 di Texas, Amerika Syarikat. Kali Cook menjadi korban termuda di daerah Galveston County semenjak pandemik melanda dunia selepas kedua-dua ibu bapanya memilh untuk tidak menerima suntikan vaskin Covid-19.


Screenshot 2021 09 12 At 11.28.53 Am

Menyesali pilihan untuk tidak menerima vaksin, ibunya, Karra Harwood berkata anak perempuannya itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Menurut laporan Daily Mail UK, Harwood telah disahkan positif Covid-19 pada hari Isnin dan telah memulakan kuarantin kendiri di rumah. Walaubagaimanapun, virus itu cepat merebak dan mengakibatkan Harwood dan pasangan turut dijangkiti. Anak lelakinya yang berusia 5 bulan turut dijangkiti Covid-19 sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan.

Screenshot 2021 09 12 At 11.29.49 Am

Berkata mengenai kematian anak perempuannya, Harwood menyedari Kali mengalami demam pada hari Selasa dan telah memberikannya ubat pada kira-kira jam 2 pagi hari yang sama. Sekitar jam 7 pagi, Harwood dan pasangannya ke tempat kerja dan Kali didapati telah meninggal dunia.

Screenshot 2021 09 12 At 11.29.30 Am

Selepas kehilangan anak perempuannya akibat Covid-19, Harwood sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan vaksin bagi dirinya. Beliau juga berharap episod malang yang dialami keluarganya dapat memberikan pengajaran kepada orang ramai untuk mendapatkan vaksin.

Baca: “Typo pulak…” – Wanita Kantoi Guna Sijil Vaksinasi Palsu Lepas Silap Eja Moderna Jadi Vaksin ‘Maderna’

Screenshot 2021 09 12 At 11.36.29 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.