in

“Mengembalikannya ke keadaan asal” – Ramai Sebak Lihat Secangkir Cafe Dirobohkan, Luahan Kontraktor Jadi Perhatian

Ft Secangkir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung Ogos lalu, satu kemalangan ngeri berlaku di Kilometer 110.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), Temerloh. Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 10.55 malam itu, Kosmo! melaporkan bahawa sebuah lori tangki simen hilang kawalan dan merempuh beberapa kenderaan lain yang bergerak perlahan menghala ke arah Pantai Timur.

Kemalangan tersebut telah meragut empat nyawa dan seperti yang kita sedia maklum, salah satunya adalah pemilik Secangkir Cafe di Sungai Karang, Pahang. Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, maut bersama suaminya, Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, dan anak lelaki mereka yang mana kesemuanya menaiki Proton S70.


Artikel berkaitan: Empat Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Babitkan 11 Kenderaan Di LPT1

Artikel berkaitan: Mangsa Nahas LPT1 ‘Owner” Secangkir Cafe, Gambar Sekeluarga Sambut Merdeka Di Putrajaya Undang Sebak

“Kami kembali untuk merobohkan semula apa yang pernah kami bina dan mengembalikannya kepada keadaan asal”

Susulan itu, satu perkongsian meruntun hati daripada sebuah syarikat yang dipercayai kontraktor yang membina bangunan kafe itu telah menarik perhatian ramai apabila diperlihatkan sebuah video yang memaparkan kafe itu sedang dirobohkan.

Luah pihak TD 96 Global Enterprise, mereka turut berasa sebak apabila melihat hasil binaan yang mereka pernah dirikan terpaksa dirobohkan.

“Ada projek yang kita bina dengan bangga. Dan ada projek yang kita terpaksa buka semula, bukan kerana kerja itu tidak bagus… Tetapi kerana sebuah cerita telah berubah. Hari ini, kami kembali untuk merobohkan semula apa yang pernah kami bina dan mengembalikannya kepada keadaan asal.”
@td96globalent

Ada projek yang kita bina dengan bangga. Dan ada projek yang kita terpaksa buka semula, bukan kerana kerja itu tidak bagus… tetapi kerana sebuah cerita telah berubah. Hari ini, kami kembali untuk merobohkan semula apa yang pernah kami bina dan mengembalikannya kepada keadaan asal. Pemiliknya telah pergi buat selama-lamanya akibat kemalangan. Di sebalik setiap dinding yang dirobohkan, ada kenangan yang pernah tercipta. Semoga Allah mengampuni segala dosa arwah, melapangkan kuburnya, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Aamiin… Al-Fatihah. 🤲🏻 Semoga keluarga yang ditinggalkan terus diberikan kekuatan dan ketabahan. #secangkircafe #kuantanfoodies #jjcmpahang #masukberanda #foryou

♬ original sound – TD 96 Global Enterprise – TD 96 Global Enterprise

Selain sebak, situasi ini juga membuka mata netizen bahawa segala apa yang ada di dunia ini hanyalah satu pinjaman sementara dan rata-rata mendoakan arwah Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan bersama suami dan anaknya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Secangkir Secangkir 2 Secangkir 3

Sumber: Kosmo!, Kosmo! 2, TikTok, Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.