in

“Typo pulak…” – Wanita Kantoi Guna Sijil Vaksinasi Palsu Lepas Silap Eja Moderna Jadi Vaksin ‘Maderna’

Chloe Mzorak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Niat seorang wanita untuk menikmati percutian di Hawaii tanpa perlu menjalani kuarantin wajib 10 hari gagal hanya kerana kesalahan ejaan yang kecil.

Chloe Mzorak E1630806282859

Huffpost melaporkan, Chloe Mrozak, 24, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Daniel K. Inouye, Honolulu, Hawaii dan dituduh dengan kesalahan memalsukan dokumen vaksinasi selepas sijil vaksinasi yang digunakan wanita itu menunjukkan kesalahan ejaan pada perkataan vaksin Moderna yang dieja ‘Maderna’.


Difahamkan, ketika Mrozak tiba buat kali pertama di Hawaii pada 23 Ogos lalu, Safe Travels Program melaporkan kad vaksinasi COVID-19 yang digunakannya mungkin telah dipalsukan.

Mrozak090121 E1630806103395

Berdasarkan kad vaksinasinya, Mrozak yang merupakan penduduk di Illnois, Amerika Syarikat telah mendapat dua suntikan dos vaksin di Delaware yang diberikan oleh dua orang ahli National Guard yang hanya dikenali sebagai ‘Cpl Wolf’ dan ‘Ssgt Montey.’

Bagaimanapun, hasil siasatan oleh kerajaan Hawaii mendapati tiada rekod yang menunjukkan Mrozak ada mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

“Doktor saya yang cucuk dan saya bayar untuk dapatkan vaksin.”

Walaupun disyaki telah memalsukan sijil vaksinasi COVID-19 miliknya, Mrozak tetap meninggalkan lapangan terbang terbabit dan hanya ditahan beberapa hari kemudian selepas pihak berkuasa berjaya mengenal pasti Mrozak berdasarkan gambar di akaun media sosial Facebook miliknya yang memaparkan Mrozak mempunyai tatu pada pinggul kirinya.

Selepas diberkas ketika cuba untuk pulang semula ke Illnois, Mrozak memberitahu pegawai polis bahawa dia sebenarnya disuntik vaksin COVID-19 oleh doktor peribadinya. Malah, wanita itu turut berkata dia membayar sendiri bagi mendapatkan suntikan terbabit.

Walau bagaimanapun, sumber melaporkan, vaksin COVID-19 di Amerika Syarikat diberikan secara percuma.

Sumber: Huffpost

Baca: “Mcm mana pihak berkuasa nak tau tulen atau palsu?” – Ada Pihak Jual Sijil Digital Vaksin Palsu di Media Sosial

Ft Sijil Digital Vaksin Palsu Dah Dijual Rm15 E1630805956730

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.