in

“Elok je dia duduk dalam tu” – Viral Bapa ‘Modify’ Kereta Control Boleh Bawa Baby Duduk Belakang

Page2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya kita lihat kalau yang bermain kereta kawalan jauh di depan kawasan rumah ni budak-budak saja, kan? Tapi pernah tak korang tengok kereta control berjalan sambil bawak bayi kat belakang?



Baru-baru ini, tular di Tiktok berkenaan video seorang bapa mengubah suai sebuah kereta kawalan jauh untuk disambung dengan car seat anaknya. Haa… lain macam, kan?

@linabougas

boleh sampai taiping dak ? 🤔 #fyp #rccar #baby4month

♬ Are you ok? – 龙|•Aѕтяσ乙 🇰🇭

Melalui video yang dikongsi pengguna @linabougas itu, lelaki tersebut dilihat membawa anaknya yang berusia 4 bulan meronda di sekitar kawasan luar rumah teres. Menariknya, kelakuan bayi comel itu begitu tenang dan langsung tidak meragam di dalam car seat. Siap dia jeling-jeling lagi!

Inisiatif yang diambil oleh bapanya menarik perhatian ramai, dan rata-rata netizen di bahagian komen jadi geram dengan bayi tersebut yang begitu comel.

Nn  Bb

Ada netizen yang memberi penjelasan bahawa model kereta kawalan jauh itu merupakan jenis yang berkualiti tinggi dan berharga tinggi. Oleh itu, ia berupaya untuk membawa muatan yang agak berat, termasuklah bayi comel itu. Bukan biasa-biasa kereta control abang ni rupanya!

Vv 1

Namun, nampaknya lebih ramai netizen yang fokus kepada beberapa ‘penonton’ berbulu yang setia melihat di belakang. Lah… nak tunggu turn ke tu?

Zz 1XxCc 1

Inovatif betul ayah dia, kan? Korang tak teringin ke nak bagi anak-anak main macam ni?

BACA: [VIDEO] Tengah Syok Guna, Netizen Turut Speechless Tengok Drone Baru Kena ‘Rembat’ Dengan Helang

Mm 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.