in

Raih Undian Tertinggi, 11 Pencipta Kandungan Tempatan Bakal Wakili Malaysia di Pentas Serantau TikTok Awards Southeast Asia 2026

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas berjaya mengumpul lebih 5.3 juta undian menerusi fasa undian awam di seluruh negara, TikTok hari ini mengumumkan 11 juara tempatan yang bakal membawa nama Malaysia ke pentas serantau menerusi edisi sulung TikTok Awards Southeast Asia 2026.

1. Group Photo 11 Top Voted Local Creators To Represent Malaysia On The Regional Stage At Tiktok Awards Southeast Asia 2026

Para pemenang ini dipilih bagi mengiktiraf barisan pencipta kandungan tersohor serta bakat baharu yang berjaya mencuri perhatian rakyat Malaysia.


Kontinjen Malaysia bakal berangkat ke Bali bagi membawa nama negara sebagai wakil rasmi dalam merebut pengiktirafan tertinggi di peringkat serantau. Pada malam kemuncak itu, karya serta pencapaian para finalis dari seluruh Asia Tenggara akan dinilai oleh panel juri berpengalaman yang terdiri daripada pakar industri, termasuk wakil Sekretariat ASEAN, WPP dan TikTok.

“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kesemua 11 pencipta kandungan tempatan yang terpilih menerusi undian sebagai wakil Malaysia. Mendukung tema ‘The Ones Who Spark It’, mereka bukan sekadar berkarya, malah mencerminkan nadi sebenar komuniti setempat dengan menterjemahkan minat kreatif kepada pertumbuhan ekonomi yang ketara serta impak sosial yang positif.”

“Merangkumi lebih 460 juta komuniti kami di Asia Tenggara, cetusan inspirasi daripada seorang pencipta kandungan sahaja sudah mampu merentas sempadan dan menyatukan kepelbagaian budaya.”

“Melalui penghimpunan bakat-bakat terbaik dari enam negara ini, kami komited membuka ruang yang lebih luas untuk mereka memupuk komuniti yang inklusif, membina perniagaan yang mampan, serta terus menyuntik inspirasi kepada khalayak pada skala yang lebih besar.” – kata Angga Anugrah Putra, Pengurus Besar Operasi Kandungan, Asia Tenggara, TikTok

Mediha Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Content Forum), yang turut hadir pada malam gala karpet merah tempatan, berkongsi pandangan.

“Kandungan digital yang digarap secara bertanggungjawab dan bermatlamat memiliki potensi besar untuk memacu kemajuan sosial, meningkatkan taraf hidup masyarakat, serta merancakkan ekonomi.”

“Para pencipta kandungan kini bukan sahaja menjadi nadi kepada ekonomi kreatif, malah bertindak sebagai suri teladan yang memberi inspirasi kepada generasi baharu inovator dan usahawan tempatan. Kami amat berbangga melihat bakat luar biasa anak Malaysia diraikan di persada serantau.”

Berikut merupakan wakil Malaysia yang bakal bertanding di TikTok Awards Southeast Asia 2026:

Country Representative Creator Of The Year @Iamadamshamil

Country Representative Rising Creator Of The Year @Nabilnazrol

Country Representative Education Creator Of The Year @Sir Asai

Country Representative Sports Creator Of The Year @Amaranas

Country Representative Lifestyle Creator Of The Year @Deadpudds

Country Representative Food Creator Of The Year @Chesayang Kitchen

Country Representative Entertainment Creator Of The Year @Leonsmeonss

  • Beauty & Fashion Creator of the Year: @gigicheoh

Country Representative Beauty Fashion Creator Of The Year @Gigicheoh

Country Representative Popular Video Of The Year @Moseswck

Country Representative Tiktok Live Creator Of The Year @Ikhmaln0Ur

Country Representative Tiktok Shop Creator Of The Year @Sallywhoo

Wakil Malaysia bagi kategori Creator of the Year, Adam Shamil turut meluahkan rasa syukur atas perwakilan ini.

“Saya amat berbesar hati dapat mewakili Malaysia di pentas berprestij ini. Pengiktirafan ini sangat bermakna buat saya, seluruh pasukan, dan komuniti peminat yang setia menyokong perjalanan ini sejak awal.”

“Sebagai seorang pencipta kandungan dan pemilik perniagaan, saya melihat sendiri bagaimana kandungan digital melangkaui sekadar penceritaan—ia menjadi jambatan penghubung masyarakat, pemangkin pertumbuhan bisnes, dan pembuka peluang rezeki kepada orang lain.”

“Sebagai anak jati Borneo, saya bangga dapat membawa cerita dan daya kreativiti tanah air kita ke khalayak serantau yang lebih luas. Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk terus mengejar minat dan menterjemahkan idea mereka menjadi sesuatu yang bermakna.”

Selepas melalui fasa undian awam yang berlangsung dari 12 hingga 26 Oktober 2026, barisan wakil Malaysia bagi kategori Country Nominees kini sudah dimuktamadkan.

Siapa bakal membawa pulang gelaran juara serantau? Segala keputusan akan terjawab pada malam kemuncak TikTok Awards Southeast Asia 2026 yang dijadual berlangsung pada 27 November ini di Bali, Indonesia!

Untuk maklumat lanjut, layari tanda pagar #TikTokAwardsSEA menerusi aplikasi TikTok.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.