in

[VIDEO] Tengah Syok Guna, Netizen Turut Speechless Tengok Drone Baru Kena ‘Rembat’ Dengan Helang

Ft Drone Disambar Helang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayangkan tengah syok-syok rakam video guna drone, baru beli pula tu, tiba-tiba kena curi, mesti rasa ‘sakit’ kan? Lagi ‘sakit’ kalau kena curi dengan haiwan yang boleh terbang dan agak ganas kalau nak lawan.


Alahai, itu lah yang jadi dekat satu keluarga ni bila drone yang dikatakan baru sahaja beli di sambar dek helang.

 

Drone disambar helang..baru beli nak test

Dalam masa 16 jam, video ini telah meraih 212K jumlah tontonan di TikTok, dilihat satu keluarga yang sedang berlibur di satu tempat tepi pantai ingin cuba menggunakan drone tersebut untuk ambil gambar mereka sekeluarga, dikatakan mereka bercuti di Langkawi.

Tengah sedap-sedap posing, dan melambai, tiba-tiba ada seekor helang sambar drone tersebut dan bawa terbang. Netizen juga turut rasa ‘keperitan’ yang dilalui bila melihat video di bawah ni.

@besihitam

drone disambar helang..baru beli nak test dah kena sambar helang #fyp #drone #besihitam #foryoupage #langkawi

♬ Oh No – Kreepa

Kisah sedih yang singkat – Netizen

Selain itu, ramai juga netizen yang berseloroh dengan menganggap akak yang melambai dalam video itu ibarat satu petanda.

Drone Disambar Helang Drone Disambar Helang 2 Drone Disambar Helang 3 Drone Disambar Helang 4 Drone Disambar Helang 5 Drone Disambar Helang 6 Drone Disambar Helang 7

Dalam pada itu, memandangkan ada yang kata ianya di Langkawi, ramai netizen di ruangan komen menyatakan bahawa tempat itu bukan lah tempat yang selamat dan sesuai untuk menggunakan drone.

Haih, bertabahlah harap dapat lah balik drone tu, kalau min dah frust menonggeng dah.

Baca : “Siap guna drone” – Ini 7 Cara ‘Extreme’ Yang Digunakan Cikgu Untuk Elak Pelajar Meniru Ketika Ujian

Feature 4 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.