in

“Apa maksudnya?” – Dr. Zulkifli Persoal Kenyataan DMA Islam Sanggup B*nuh 10,000 Kucing

Ft Dr Zul Kifli Dma Islam 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Personaliti media sosial yang sering mencetuskan kontroversi, DMA Islam, sekali lagi mengundang kecaman ramai apabila memuat naik satu kenyataan berbaur provokasi melibatkan keselamatan nyawa haiwan di platform Threads baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, DMA Islam secara terbuka menyatakan kesanggupannya untuk mengorbankan puluhan ribu ekor kucing demi menyelamatkan nyawa seorang manusia.


Artikel berkaitan : Isu Gambar B*gel Suntingan AI Libatkan 300 Pelajar, KPWKM Sedia Beri Khidmat Kaunseling

Artikel berkaitan : “Hidup zaman bila dik?” -Mekyun ‘Sound’ DMA Islam Anggap Tugas Wanita Hanya Mengemas & Kangkang

Aku sanggup b*nuh 10,000 ekor kucing demi selamatkan 1 orang manusia. F*k kucing,” tulisnya ringkas di akaun Threads miliknya.

Kenyataan kasar yang turut menyelitkan kata-kata kesat terhadap haiwan kesayangan ramai itu mencuri perhatian netizen sehingga meraih lebih 1,500 tanda suka dalam masa 7 jam serta hampir 1,000 komen yang mana rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang terhadap pendekatan lelaki berkenaan dalam meraih perhatian rage bait.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan warganet adalah kemunculan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, di ruangan komen hantaran tersebut.

Tanpa sebarang ayat panjang lebar atau bernada marah, Dr. Zulkifli meninggalkan satu persoalan ringkas namun cukup mendalam.

Screenshot 2026 11 16 134436

Teguran bersahaja daripada bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu nyata mendapat sokongan padu daripada pengguna media sosial apabila komen balas beliau meraih lebih 3,600 tanda suka dalam masa sejam di mana ia jauh mengatasi jumlah tanda suka pada hantaran asal DMA Islam.

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.