Bila korang naik apa-apa jenis transport terutamanya bas, flight atau tren, benda yang paling buat korang tak puas hati pastinya ketepatan masa. Kalau flight delay pun korang dah merungut, ni apa tah lagi bas sengaja datang lewat tanpa alasan yang kukuh.
Menerusi perkongsian individu bernama Ilman di Twitter, dia telah meluahkan rasa tak puas hatinya akan servis sebuah bas ekspres yang dikatakan tak tepati masa. Tak cukup dengan tu, pemandunya bukan main biadap sampai si Ilman ni kena tumbuk katanya. Wuish!
Bila tanya driver kenapa lambat, dia jawab… biasalah isi minyak





“Kau tak puas hati turunlah…” Apa hal pulak aku nak turun. Aku dah bayar




Buat laporan polis dan SPAD, rupanya kes macam ni selalu jadi


Alasan dia tumbuk sebab driver ada sakit jantung. Konon kalau tak ‘shoot’ aku, aku akan ‘shoot’ dulu. Boleh ke macam tu?

Walau macam manapun kata Ilham, dia sudahpun consult lawyer dan buat aduan ke pihak KPDNKK. So sekarang ni dia akan hantar surat tuntutan permohonan maaf dan pampasan. Dan tempoh yang diberikan adalah dalam 14 hari.
Dalam pada masa yang sama, ramai di kalangan netizen jugak suarakan pengalaman yang serupa dorang alami semasa menaiki bas walaupun dengan syarikat bas yang berbeza.


Apapun masalahnya diharapkan syarikat bas tepati masa kerana masa itu emas dan penumpang berhak sampai ke destinasi on time. Kalau ada pertelingkahan, elakkanlah sampai bertumbuk. Last-last sebab seorang driver, habis satu syarikat dapat nama buruk.
Baca: “Jahan*m lah kau next PRU nanti.” – YB Biadap Tengking Orang Tua Cetus Kemarahan Netizen