“Jahan*m lah kau next PRU nanti.” – YB Biadap Tengking Orang Tua Cetus Kemarahan Netizen

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Beberapa video dimuat naik dekat Twitter semalam menunjukkan situasi tegang antara seorang YB di Melaka dengan penduduk setempat menarik perhatian ramai netizen.

Menurut individu yang upload, YB tu dah 2,3 kali bersikap biadap macam yang dilihat dalam video.

“Haritu kes baja, ini kes tutup jalan. Dia sedar tak barua ni dulu sebelum join politik bawa van kilang je? Sekarang ada power cakap orang tua tu tak sekolah.”

Meskipun kurang jelas dengan isu sebenar dan tidak tahu kisah tu dari mula, tapi melalui video tu penduduk setempat sedang cuba dapat penjelasan daripada YB berkenaan jalan yang ditutup.

Difahamkan, jalan yang terletak dekat Kampung Sungai Putat tu digunakan orang kampung untuk pergi ke surau yang berada di taman perumahan tapi sekarang dah pun ditutup.

Katanya, ia dibuat atas permintaan penduduk taman perumahan tu yang buat aduan mengatakan mereka rasa tak selesa dan risau dengan keselamatan anak-anak kecil.

“Saya kena jaga orang taman ni, sebab orang taman ni beli rumah,” kata YB tu.

Melalui tweet dia juga, memang orang Melaka ramai yang tak berpuas hati dengan sikap YB ni.

Kau rasa kau gangster, kau rilek. Ramai orang Melaka geram dengan kau. Kau tunggu.”

Tak pasti apa yang berlaku off camera sebelum orang mula merakam, tapi apa yang buat netizen bengang is, percakapan YB tu yang kasar dan agak biadap terutamanya bila bercakap dengan orang tua. Apa yang buat dia marah sangat tu?

Satu suara boleh didengari berkata,

Jangan terlampau kasar, walaupun awak YB.”

Bila seorang pakcik ni cuba nak bertanya, YB tu akan menyampuk dan cakap bertalu-talu sebelum pakcik tu habis bercakap. Pakcik tu siap berkata,

YB, jangan menengking.”

Malah, YB tu boleh didengari cakap macam ni:

Saya taknak bercakap dengan orang tak bersekolah.”

Ermmm harap ada lah penjelasan yang masuk akal di sebalik apa yang kita tengok dari video ni. 

Baca: “Orang minta tolong sama you, you tak mau tolong!” – Penduduk Berang Tengking ADUN DAP Pulau Pinang

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!