Belum Habis Misteri Ketukan Pintu, Penduduk Pandamaran Jaya Diganggu ‘Makhluk’ Berlari Atas Bumbung Pula

Tambah ke Sumber Pilihan
Belum Habis Misteri Ketukan Pintu, Penduduk Pandamaran Jaya Diganggu ‘Makhluk’ Berlari Atas Bumbung Pula

Baru saja diselubungi misteri bunyi ketukan pintu dan kali ini sekali lagi penduduk di Pandamaran Jaya, Klang dihantui benda yang lebih kurang sama.

Menurut Kosmo, penduduk di situ mendakwa terdengar bunyi seperti ada yang berlari di atas bumbung rumah mereka. Kata mereka, bunyi itu terlalu kuat bagai nak runtuh bumbung dan ia menakutkan penduduk terutamanya yang tinggal di Jalan 77.


Rumah4Sumber: Gambar hiasan

Salah seorang penduduk, Fara Niesha Azman, 28, berkata pada mulanya dia dan suami terdengar bunyi ketukan pintu. Ketika itu kira-kira jam 11.30 malam dan mereka sedang bersiap-siap untuk tidur di tingkat atas.

“Ketukan pertama dan kedua hanya sekejap tetapi ketukan ketiga paling kuat. Malah selang beberapa saat kami terdengar bunyi orang menggoncang pintu dengan kuat.”

“Suami turun ke bawah untuk memeriksa bunyi tersebut bagaimanapun mendapati pintu rumah ibu saudara, Mariam Othman, yang berada di sebelah rumah kami yang diketuk.”

Tiba-tiba bunyi orang lari pula!

Bagaimanapun, selang beberapa saat pasangan itu terdengar pula bunyi seperti ada ‘makhluk’ yang berlari dengan kuat di atas bumbung rumah.

KetukSumber: Kosmo

Bukan hanya mereka, menurut Fara ibu saudaranya juga turut dengar bunyi yang sama di rumah dan rupa-rupanya penduduk lain turut alami situasi yang sama.

Bunyi itu amat menakutkan. Saya hubungi ibu saudara (Ma­riam) dan dia memaklumkan terde­ngar bunyi yang sama.”

Apa yang kami alami rupanya turut dilalui beberapa penduduk lain dan perkara itu diketahui melalui aplikasi WhatsApp keluarga.”

Bunyi kuat macam orang bertukang

Menurut Mariam pula, sewaktu kejadian kira-kira 11.35 malam itu dia terdengar bunyi ketukan ketika berada di tingkat atas. Namun, suaminya yang ketika itu di tingkat bawah berkata dia tidak mendengar apa-apa.

Selang beberapa saat, mereka berdua dengar bunyi orang berlari atas bumbung rumah. Mariam turut bertanya kepada 2 jiran bersebelahan rumah dan mereka berkata ada terdengar bunyi orang bertukang dengan kuat dari arah rumahnya (Mariam) sehinggakan tidur mereka terganggu.

Hasil makluman jiran, mereka difahamkan hampir 10 rumah diganggu pada malam kelmarin melibatkan Jalan 6,11 dan 12. Pihak polis dikatakan telah melakukan rondaan bersama penduduk selepas kejadian yang sama berlaku beberapa hari lalu.

Sebelum ini, kecoh tentang misteri ketukan pintu rumah yang bermula di beberapa kampung dekat Sabak Bernam. Misteri itu kemudian merebak ke Kuala Selangor, Klang dan Melaka sejak beberapa hari lepas.

Capture 13 8Sumber: Sinar Harian

Baca: “Nak kata angin, rentak ketuk lain macam” – [Video] Pintu Kaca Diketuk Tanpa Ada Sebarang Kelibat Di Melaka?

Ketuk10

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Sue Idris
Lagi tulisan Sue
Psycho-thriller movie? OH YASSS!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Belum Habis Misteri Ketukan Pintu, Penduduk Pandamaran Jaya Diganggu ‘Makhluk’ Berlari Atas Bumbung Pula
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/belum-habis-misteri-ketukan-pintu-penduduk-pandamaran-jaya-diganggu-makhluk-berlari-atas-bumbung-pula/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM