in

“Nak ‘Test Power’” – Merungkai Misteri Ketukan Pintu Tanpa Salam, Rupanya Ini Kisah Sebenarnya…

Ft Ketuk 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan lepas, negara digemparkan dengan kejadian misteri ketukan pintu tanpa salam oleh penduduk di beberapa buah kampung pada waktu malam sehingga awal pagi. Kejadian yang pada awalnya bermula di Kampung Batu 37 Darat, Kampung 38 dan Kampung Baharu kemudiannya merebak pula sehingga ke kampung-kampung lain yang berhampiran seperti Kampung Tengah, Kampung Banting dan Taman Air Manis.

Insiden tersebut membuatkan daerah Sabak Bernam menjadi ‘popular’ satu Malaysia biarpun ada yang mendakwa kisah tersebut hanya omongan kosong dan karut terutama dalam zaman serba moden ini.


Ketuk 1

Untuk pengetahuan korang, ketukan pintu ini bukan sahaja menjadi mimpi ‘ngeri’ penduduk Selangor sahaja, malah ‘berjangkit’ pula sehingga ke Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.

Fuh, berani ‘dia’ rentas negeri musim PKP ni. 

 

Dah buat rondaan, tapi tiada ‘kelibat’ individu

Ronda

Memetik laporan Kosmo!, rondaan dilakukan oleh penduduk Kampung Batu 37 Darat yang diketuai oleh Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampungnya, Muhammad Nazri Saiman walau bagaimanapun tidak menemui sesuatu ‘kelibat’ yang ganjil yang melakukan perbuatan itu.

Menurut Mohammad Salahuddin, 34, perkara yang melibatkan ‘entiti’ ini sukar diterjemahkan kerana bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman dengannya, sudah pasti ia tidak dapat diterima logik akal.

Ketukan itu memang berlaku, namun hendak dikatakan akibat pocong amat sukar sebab tidak pernah menemukan entiti tersebut. Kita tahu ada alam ghaib seperti jin, namun bagi saya kekuasaan Allah menguasai segalanya dengan mengamalkan bacaan al-Quran. 

Tambahnya lagi, dia yang mengikuti rondaan tersebut sejak 19 November lalu juga menjelaskan bahawa ketukan itu juga seolah-olah mengetahui penduduk kampung akan melakukan rondaan.

Whatt??

Ada kadang-kadang aduan diterima selepas beberapa minit rondaan dilakukan di sesuatu kawasan perumahan di kampung ini. Hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang kelibat individu. 

 

Bau kemenyan & bedak sebelum ketukan

Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ?(MPKK) Kampung Batu 38, Mohd Zakiyuddin Ajmain, 53 pula mendedahkan terdapat bau kemenyan dan bedak sebelum berlakunya ketukan.

Terangnya lagi, dia dan tiga rakannya juga pernah berhadapan dengan ‘entiti’ berpakaian putih yang memunculkan diri ketika mereka sedang minum di hadapan rumah pada pukul 2 pagi sewaktu membuat rondaan pada malam kedua.

Saya beranikan diri bertanya apa yang dimahukannya dan menyuruhnya ke tempat lain serta tidak menganggu kampung ini.

Tambahnya, memang ada kewujudan makhluk halus di kampung tersebut. Namun, ia tidak pernah menganggu seperti yang berlaku dalam insiden misteri ketukan yang berlarutan ini.

 

Buat bacaan Yasin & solat hajat

Disebabkan tidak tahan dengan gangguan ketukan misteri yang tidak pernah surut, penduduk kampung bertindak untuk mengamalkan bacaan surah Yasin dan solat hajat sebagai ‘pendinding’.

Hasilnya, kampung-kampung yang terlibat di Sabak Bernam kembali tenang selepas hampir seminggu ketukan itu ‘mengganas’.

 

Ada kaitan dengan ilmu hitam, nak ‘test power’

Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baharu, Mohd Suhairi Machri, 42, gangguan ketukan yang dialami penduduk di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang itu dipercayai ada kaitannya dengan pengujian ilmu hitam khususnya dalam kalangan pengamal sihir.

Penceramah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah berpendapat ‘usikan’ dan ‘godaan’ tersebut lebih kepada perbuatan makhluk yang ‘dilepaskan’ mereka bertujuan untuk menakutkan orang ramai seterusnya merosakkan akidah umat Islam.

Md Daud

Katanya, jin yang biasanya tidak ‘bertuan’ jarang menganggu seseorang dan hanya menampakkan diri mereka sahaja.

 

Nak menyesatkan akidah umat Islam

Tambahnya, pengamal sihir ini hanya ingin ‘test power’ dan kehebatan mereka menyebabkan mereka akan diiktiraf oleh kelompok sendiri. Pengujian ilmu ini juga bertujuan untuk membuatkan orang ramai lebih takut kepada jin yang dihantar berbanding kepada Allah.

Gangguan itu juga berkemungkinan untuk memastikan ada masyarakat Islam yang menggunakan khidmat mereka untuk menghalau ‘hantu’ sehingga menyebabkan berlakunya amalan syirik seperti persembahan haiwan seperti ayam untuk hilangkan gangguan.

 

Berpindah-randah, takut ‘dihidu’ bijak pandai

Ia berlaku dalam tempoh paling lama seminggu sebelum beredar ke tempat lain. Ini bagi mengelak bertemu dengan bijak pandai dalam agama yang mempelajari tangkapan dan kaedah membasmi makhluk halus. 

Saranan beliau, masyarakat Islam perlu kembali kepada al-Quran dengan memperbanyakkan bacaan kitab suci itu.

“Paling tidak pun selalu membaca 3 Qul iaitu surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas yang mempunyai maksud tersendiri dalam memohon pertolongan Allah serta mengelakkan was-was serta menjadi permainan syaitan.” 

Semoga, Malaysia aman daripada gangguan yang cuba menyesatkan ini. 

 

Baca: “Tiba-tiba terdengar bunyi ketuk pintu, tapi orang takde” – Penduduk Sabak Bernam Dihantui Misteri Ketukan Pintu Baca Ketuk

Sumber: Kosmo!
Sumber: Kosmo!
Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.