in

“Tiba-tiba terdengar bunyi ketuk pintu, tapi orang takde” – Penduduk Sabak Bernam Dihantui Misteri Ketukan Pintu

Ft Ganggu Final Betul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular baru-baru ini kejadian ‘misteri’ yang menimpa penduduk di beberapa kampung sekitar daerah Sabak Bernam, Selangor apabila mereka mendedahkan telah diganggu oleh bunyi ketukan pintu rumah tanpa salam sejak kelmarin.


 

Ketukan misteri, 4 kampung terlibat

Gangguan misteri itu dipercayai telah mengganggu penduduk bukan sahaja di sebuah kampung, malah 4 kampung yang berlainan!

Antara kampung yang terlibat termasuklah Kampung Batu 37, Kampung Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Banting.

Lapor Sinar Harian, bunyi ketukan ‘misteri’ itu dipercayai mula mengganggu penduduk pada waktu malam iaitu bermula dalam pukul 10 malam sehinggalah ke pukul 4 pagi.

Menurut seorang penduduk, Khairol Anuar Mhd Zaini, 39, kejadian yang berlaku pada pukul 10.45 malam kelmarin itu berlaku di dapur rumahnya di Kampung Batu 37.

 

Sedang berehat, terdengar ‘orang’ ketuk pintu

Sewaktu kejadian, dia yang dikatakan baru pulang dari berniaga sedang berehat sambil menonton televisyen di dapur.

Secara tiba-tiba, terdengar pula bunyi pintu dapur rumah telah diketuk oleh seseorang dengan agak kuat seolah-olah ada seseorang yang ingin masuk ke dalam rumah dengan cepat.

Pada mulanya, dia hanya membiarkan sahaja bunyi ketukan tersebut kerana beranggapan anak saudaranya yang datang melawat.

 

Bila intai, takde orang

Namun, bunyi ketukan itu bertambah semakin kuat menyebabkan dia cuba mengintai di sebalik tingkap dan mendapati tiada sesiapa berada di luar rumah pada ketika itu.

Saya intai di tingkap dan mendapati tiada sesiapa di luar rumah. 

Menurutnya lagi, dia dikejutkan lagi sekali dengan bunyi ketukan yang sama dalam selang beberapa minit kemudian.

 

Ketuk pula pintu bilik air yang dah tak guna

Apa yang menyeramkan, bunyi ketukan pintu itu bukannya datang dari arah pintu rumah seperti sebelum ini, tetapi datang pula dari arah pintu bilik air yang berada di dalam rumahnya.

Bukan itu sahaja, bilik air tersebut juga dikatakan sudah lama tidak digunakan!

Seluruh tubuh saya menggigil dan bulu roma meremang sebaik dengar ketukan pintu di bilik air yang sudah lama tidak digunakan.

Menurut seorang penduduk yang lain, Nor Azuwa Shaaban, 31, bunyi misteri yang sama turut dialami oleh dua adik perempuannya iaitu Nur Farzana, 22 dan Nurul Farisya, 17 yang tinggal di Kampung Batu 38.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, adiknya (Farzana) baru sahaja menyelesaikan kerja di beranda sebelum masuk ke dalam rumah, manakala Farisya pula sedang duduk di atas sofa di ruang tamu.

Feat Ganggu

 

Pintu rumah diketuk, tak berani nak buka

Mereka kemudiannya terdengar bunyi pintu depan diketuk-ketuk. Mereka yang tidak berani untuk membuka pintu terus sahaja mengabaikan ‘gangguan’ misteri itu sehinggalah kejadian itu kecoh di dalam media sosial pada keesokan harinya apabila rata-rata penduduk turut mengadu diganggu dengan bunyi ketukan pintu tanpa salam itu.

Pada keesokannya, kecoh di dalam Whatsapp dan Facebook mengenai penduduk diganggu dengan bunyi ketukan tanpa salam itu. 

Feat Ganggu Fb 1

 

Tambah seorang lagi penduduk di Kampung Tengah, Nor Zaihan Yaakob, 38, dia turut mengakui telah menerima gangguan yang sama ketika berada di rumah bersama ibu dan dua orang anaknya.

 

Sedang tidurkan anak, pintu rumah diketuk

Menurutnya, gangguan ketukan misteri itu berlaku kira-kira pukul 11.40 malam dimana dia sedang menidurkan anak kecilnya yang berusia 4 bulan.

Pada awalnya, dia beranggapan bahawa dua anak saudaranya baru pulang dari kerja. Tetapi apabila ditinjau di tingkap rumah, tiada kelibat manusia pun yang berada di luar rumah.

Gangguan ketukan itu dialami lebih kurang 40 buah rumah penduduk dalam tempoh sejam sahaja!

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman berkata, pihaknya ada menerima banyak aduan mengenai kejadian misteri itu.

 

Pengerusi MPKK pun kena ganggu

Malahan, beliau juga turut diganggu dengan bunyi ketukan pintu itu semasa berada di rumah pada pukul 11 malam hari yang sama.

Beliau menasihatkan penduduk kampung supaya berhati-hati dan tidak membuka pintu sekiranya terdengar bunyi-bunyi yang meragukan.

Tambahnya lagi, penduduk juga diminta untuk menghubungi polis atau pihaknya sendiri sekiranya ada ternampak individu yang mencurigakan.

 

Rondaan dibuat waktu malam

Tindakan juga telah diambil oleh pihaknya dan rondaan yang membabitkan sukarelawan MPKK juga akan dijalankan bermula jam 10 malam sehingga 3 pagi di sekitar kampung yang terlibat.

Bagi korang yang duduk seorang dalam rumah tu, jangan bukak pintu kalau orang ketuk tapi tak bagi salam. 

Baca: “Jangan tengok tengah malam, jangan tengok sorang” – Filem Seram ‘Megan Is Missing’ Buat Ramai Trauma Menyesal Lepas Tonton Baca Ketuk

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.