“Musim orang duk pelepas ka?” – Penduduk Sekitar Alor Setar Dakwa Dengar Bunyi Ketukan

Tambah ke Sumber Pilihan
“Musim orang duk pelepas ka?” – Penduduk Sekitar Alor Setar Dakwa Dengar Bunyi Ketukan

Penduduk di sekitar Alor Setar, Kedah baru-baru ini gempar berikutan fenomena mistik membabitkan gangguan bunyi ketukan pintu rumah yang kuat pada waktu malam, namun tiada sesiapa kelihatan apabila pintu dibuka.

Isu ini mula menjadi tular di media sosial selepas hantaran daripada akaun @/kedah_star memuat naik persoalan mengenai kejadian misteri tersebut yang melanda beberapa kediaman warga tempatan.


Artikel berkaitan: Dakwa Housemate & Mangsa Orang Yang Sama, Netizen Rasa Kisah ‘Housemate Pocong’ Hanya Rekaan?

Artikel berkaitan: Pernah Tular Kisah Tak Sedar Tinggal Sebumbung Dengan Pocong, Wanita Dikhabarkan Sudah Meninggal Dunia

 

View on Threads

 

Dengar Ketukan Kuat, CCTV Pula Kosong

Menerusi ruangan komen hantaran berkenaan, ramai penduduk tampil berkongsi pengalaman seram yang dialami mereka sendiri:

  • Kawasan Langgar / Kampung Pantai Jamai: Seorang pengguna media sosial menceritakan bahawa mak dan ayahnya yang bermalam di rumahnya terdengar bunyi ketukan kuat sebanyak dua kali. Walaupun pada mulanya disangka ahli keluarga sendiri, semakan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati tiada sebarang kelibat manusia kelihatan.
  • Kawasan Tanjung Musang: Pengguna lain turut mengesahkan rumahnya menjadi antara lokasi yang terjejas sekitar jam 12 tengah malam. Bunyi ketukan itu didakwa sangat kuat seolah-olah pintu mahu roboh.
  • Tiada Kelibat di CCTV: Beberapa netizen lain menguatkan lagi dakwaan tersebut dengan menyatakan pintu rumah mereka diketuk dengan sangat kuat, namun hasil semakan CCTV tetap kosong tanpa sebarang bayang.

 

View on Threads

 

Netizen Persoal Unsur Mistik

Kejadian serentak di pelbagai kawasan sekitar Alor Setar ini menimbulkan pelbagai andaian dalam kalangan netizen. Ada yang berseloroh dan bertanya sama ada ini merupakan “musim orang melepaskan makluk halus atau saka” (pelepas), di samping ramai yang mendoakan agar seluruh penduduk setempat dilindungi daripada sebarang gangguan yang tidak diingini.

Fenomena ketukan pintu misteri tanpa penghuni ini bukanlah kali pertama berlaku di Malaysia, namun kemunculannya semula di Alor Setar cukup untuk membuatkan penduduk berasa berjaga-jaga dan lebih berwaspada pada waktu malam.

Sumber: Threads, Facebook

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Musim orang duk pelepas ka?” – Penduduk Sekitar Alor Setar Dakwa Dengar Bunyi Ketukan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/musim-orang-duk-pelepas-ka-penduduk-sekitar-alor-setar-dakwa-dengar-bunyi-ketukan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM