in

“Musim covid ni dia tak takut berjangkit ke hah?” – Misteri Ketukan Pintu Kini Sudah Merebak Ke Kuala Selangor

Misteri Nusantara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau semalam ada saksi yang bercerita misteri ketukan pintu tanpa salam ini makin mengganas apabila ada yang mendengar bunyi rintihan menangis, hari ini katanya misteri tersebut sudah merebak ke daerah baru.


Menurut Sinar Harian, misteri ketukan pintu tersebut sudah mula merebak ke Tanjong Karang dan Kuala Selangor daripada sebelum ini hanya di Sabak Bernam hingga menimbulkan ketakutan di kalangan masyarakat setempat. 

Seorang pekerja Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) yang menetap di Kampung Parit 3 Sungai Burong berkata, dia telah diganggu dengan bunyi ketukan di hadapan pintu utama rumah kira-kira jam 1 pagi kelmarin.

Capture 13 8
Pintu rumah anuar yang diketuk

Anuar Anal, 43, memberitahu yang kejadian itu berlaku ketika berada di bilik utama selepas ke tandas.

“Belum sempat melelapkan mata, saya dikejutkan dengan bunyi ketukan kuat pada pintu rumah.

“Saya kemudian terus mengintai dari celah bawah pintu dan langsir tingkap, namun tidak nampak bayang sesiapa di depan rumah.

Dalam hati ada juga terlintas adakah yang ketuk rumah saya pocong seperti yang kecoh di Sabak Bernam?” katanya.

Ketika kejadian, isteri dan tiga anaknya sedang nyenyak tidur dan dia memberitahu mereka tentang hal tersebut keesokan harinya.

Dalam pada itu, di Youtube, seorang pengguna telah memuat naik video berdurasi 0.45 saat yang mendakwa penduduk ternampak lembaga berpakaian putih berdiri di jalan di Kampung Kuantan awal pagi tadi. 

892133

Menerusi deskripsi video tersebut, Youtuber bernama Pak Nil mengatakan bahawa jirannya ternampak makhluk menakutkan di atas jalan kemudian menghubungi jiran sebelah.

“Jiran sebelah kemudian keluar dari rumah dan nampak kelibat sama sebelum masuk ke dalam rumah.

“Sejurus (jiran sebelah) masuk (semula) ke dalam rumah, pintu (rumah) kena ketuk pula,” katanya.

Pada masa yang sama, netizen juga pelik serta keliru dengan apa yang berlaku dan berkongsi pengalaman pernah diganggu dengan situasi yang sama.

Ketuk2

Haih macam-macam ‘gangguan’ ye di Selangor sekarang ni. 

Baca: “Menangis tepi tingkap” – Anak Umur 3 Tahun Selalu Sebut Pocong, Wanita Kongsi Sudah Diganggu ‘Ketukan Misteri’ Sejak 3 Bulan Lalu

Ketuk2 Ramadan

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.