in

“Nak kata angin, rentak ketuk lain macam” – [Video] Pintu Kaca Diketuk Tanpa Ada Sebarang Kelibat Di Melaka?

Ketuk10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, kejadian misteri ‘hantu’ ketuk rumah hanya berlaku di Sabak Bernam, Selangor, kemudian ia dikatakan merebak ke Port Dickson, dan baru-baru ini ia dikatakan merebak ke Melaka pula.


Siap ada video lagi…

 

Sampai nak patah pintu

Pada 5 Disember 2020 lepas, Sinar Harian melaporkan penduduk  di Kampung Paya Rumput Masjid Tanah  mendakwa dihantui misteri ketukan pintu yang kuat beberapa hari lalu sehingga mengejutkan penghuni beberapa buah rumah kira-kira jam 3 hingga 3.20 pagi.

Antara penduduk yang turut kena gangguan tersebut adalah bekas Imam Masjid Tok Janggut, Masjid Tanah. Katanya, ketukan itu membuatkan pintu kayunya hampir patah. Lapor Harian Metro.

Malam, tadi video sebuah rumah mengalami gangguan yang sama juga turut dirakam oleh penghuninya viral di Twitter.

Penduduk rumah tersebut menggunakan pintu kaca (sliding door) dan dilihat tiada sebarang kelibat sambil pintu itu diketuk dengan kuat.

 

Tak nampak kelibat

Menurut sumber yang kongsikan video ini, ketukan pintu itu berlaku sekitar jam 1 hingga 3 pagi.  Difahamkan, kejadian ini berlaku di di Taman Bukit Katil Damai dan video ini tersebar luas menerusi Group Whatsapp sebelum viral di media sosial.

Walaubagaimanapun, kesahihan video ini masih belum dikenalpasti.

 

 

Hanya sekadar angin?

Bermacam-macam reaksi dan spekulasi timbul, ada netizen mengatakan ia benar-benar terjadi dan ada juga yang mengatakan ia hanyalah sekadar angin kencang memandangkan sekarang ini musim ribut.

Ketuk Ketuk2 Ketuk3 Ketuk4 Ketuk5

Hurm, ada logik juga sebab angin sebab sekarang musim hujan, tapi kalau angin rentak dia tu lain macam.

 

Baca : “Musim covid ni dia tak takut berjangkit ke hah?” – Misteri Ketukan Pintu Kini Sudah Merebak Ke Kuala Selangor

Ketuk6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.