in

Bazar Ramadan & Raya Di KL Tetap Diteruskan Walaupun PKP

Annuarmusa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa hari ini mengumumkan bahawa bazar Ramadhan dan bazar Aidilfitri tetap masih boleh beroperasi walaupun PKP sudah bermula esok.


Namun begitu, Berita Harian melaporkan bahawa bazar Ramadan boleh  beroperasi selama 5 jam sahaja setiap hari, antara jam 3 petang hingga 8 malam,

Manakala bazar Aidilfitri pula perlu beroperasi antara jam 10 pagi hingga 10 malam dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Tambah beliau lagi, kebenaran itu dibuat bagi mengimbangi rayuan dikemukakan peniaga kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Peniaga dalam rayuan mereka menjelaskan sudah membeli dan perlu menghabiskan stok masing-masing. Keduanya, tiada kes di tempat itu (bazar Ramadan dan Aidilfitri).

“Dalam keadaan peniaga patuh dan tiada kes berlaku, mereka meminta dipertimbangkan supaya dibenarkan berniaga bagi tempoh berbaki beberapa hari lagi (sebelum sambutan Aidilfitri).”

 

Baca :  [TERKINI] Bazaar Raya & Pasar Malam Dibenarkan Beroperasi Sepanjang Tempoh PKP – MB Selangor

Selangor 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.