in

[TERKINI] Bazaar Raya & Pasar Malam Dibenarkan Beroperasi Sepanjang Tempoh PKP – MB Selangor

Selangor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua aktiviti bazaar raya dan pasar malam masih boleh beroperasi di negeri Selangor sepanjang tempoh PKP, walaubagaimanapun Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam sidang media khas Perintah Kawalan Pergerakan di Selangor hari ini menjelaskan bahawa ia terikat dengan beberapa peraturan yang diperketatkan seperti:


  • Jumlah pengunjung had mengikut saiz bangunan dan premis. Hanya 50 peratus daripada kapasiti asal.
  • Jika ada pelanggaran, operasi akan ditutup serta merta.
  • Wujudkan sistem nombor giliran
  • Kanak-kanak di bawah 12 tahun tak boleh masuk

Biarpun kedai makan boleh beroperasi, makan secara dine in seperi buffet ditutup mulai esok memandangkan ia slaah satu punca kes naik, katanya.

Tambah beliau lagi, kedai makan dan stesen minyak masih boleh operasi dari 6 pagi hingga 12 malam, memandangkan ini bulan ramadhan tetapi makanan hanya boleh dibeli secara bungkus sahaja.

 

Baca : [TERKINI] 6 Daerah Di Selangor Dikenakan PKP Mulai 6 Mei

Capture 20

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.