in

“Bayar hutang tak pelik, buat hutang yang pelik”

Page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini mengumumkan hutang negara dah pun mencapai sehingga lebih RM1 trilion.


Menerusi sidang media dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tabung Harapan Malaysia (THM) telah dilancarkan bagi membolehkan rakyat Malaysia turut membantu dalam melangsaikan hutang negara.

Walaupun ramai yang menerima baik usaha ini, ada juga segelintir pihak yang tak berpuas hati dengan idea penubuhan THM. Susulan penubuhan ini, Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin dah bersuara dan menyampaikan pendapatnya sendiri berkenaan THM.

M1 3
sumber: malaysiakini

Menurut Malaysiakini, beliau mempertahankan THM dan mengatakan tindakan yang diambil kerajaan tidak pelik lagi-lagi apabila ianya bersifat sukarela dan tanpa paksaan kepada mana-mana pihak untuk membantu kerajaan melangsaikan hutang negara yang banyak itu.

“Ia satu usaha yang bersifat sukarela. Siapa mahu boleh berikan, siapa tidak mahu boleh biarkan.”

Ujarnya melalui akaun Facebook, apa lebih pelik bila ada pihak membuat hutang yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh rakyat sendiri.

“Namun, yang pelik lagi melampau ialah pihak yang membuat hutang yang ditanggung oleh sekalian rakyat secara paksa tanpa rela.”

Tabung
sumber: blog

Selain itu, Mufti Perlis yang lebih dikenali sebagai Dr Maza membandingkan perkara itu dengan pihak yang mengambil hutang untuk bermewah-mewahan.

“Lebih kejam lagi apabila pihak yang mengambil hutang itu bermewahan, sementara rakyat yang menanggung hutang hidup dalam bebanan.

“Apa yang ganjil lagi ajaib apabila ada kelompok yang pernah menyatakan mereka berpuas hati dengan isu penyalahgunaan harta awam tersebut.”

Mufti dah bersuara untuk menyampaikan pendapat beliau mengenai THM. Sebenarnya kalau kita fikirkan, tak ada salah pun penubuhan tabung ni sebab tak ada langsung unsur paksaan untuk membayar hutang negara.

Kalau rasa nak menderma, boleh derma. Kalau tak nak pun tak apa dan tak perlulah nak kutuk atau menyindir. At least ada usaha daripada menyembunyikan dan menambah hutang negara.

Baca: “Tak payah kutuk mereka yang nak menderma”

Merah 758X398 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.