in

“Tak payah kutuk mereka yang nak derma!”

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir mengumumkan satu tabung dikenali sebagai Tabung Harapan Malaysia (THM) akan dibuka bagi membolehkan rakyat Malaysia menderma bagi membantu mengurangkan beban hutang negara.


Namun menurut NST, ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan idea penubuhan THM. Oleh sebab itu, ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming tampil membuat kenyataan bahawa tidak mengapa jika ada yang tidak bersetuju dengan idea menderma untuk negara.

Sumber: TheRocket

Pun begitu, tidak perlulah mengkritik mereka yang berniat untuk memberikan sumbangan. Sejak diumumkan semalam, THM ternyata menerima pelbagai reaksi rakyat, namun Ong menegaskan bahawa tujuan utama tabung itu perlu diteliti semula oleh pihak yang tidak bersetuju.

“Kita perlu biarkan mereka menyalurkan semangat patriotisme dengan cara yang betul,” kata Ong di laman Twitternya.

Sumber: Twitter

Tujuan lain bagi tabung ini ditubuhkan juga adalah kerana lebih baik jika kerajaan menyediakan saluran rasmi untuk rakyat yang ikhlas mahu menyumbang. Betul jugak tu, kita tak tahu kalau-kalau ada orang ambil kesempatan dengan keikhlasan rakyat dan buat scam ke apa kan.

“Ramai orang yang nak menyumbang. Lebih elok kalau kerajaan sediakan saluran yang rasmi untuk sumbangan-sumbangan yang nak diberikan.”

“Kalau tak suka idea ini tak mengapa. Tak payah beri sumbangan pada Tabung tu. Saya rasa tak ada orang halang pun. Tapi tak perlu nak kritik orang lain yang sudi nak berikan sumbangan.”

Sumber: Twitter

Betul tu! Bagi korang yang sudi menderma bagi membantu meringankan beban hutang negara, boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank 566010626452. Sumbangan hanya boleh dibuat dengan mata wang Ringgit sahaja tau!

Baca: Tun M Lancar Tabung Derma Bantu Negara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.