in

Tun M Lancar Tabung Derma Bantu Negara

Tunnnnn
Putrajaya 23/05/2018 Tun Dr. Mahathir Mohanad during the press conference after first cabinet meeting at Prime minister office in Putrajaya picture razak ghazali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nak bantu Tun M bayar hutang negara tapi tak tau saluran mana yang betul? Menerusi sidang media yang baru diadakan pukul 1 petang tadi (30 Mei), Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan tabung khas yang membolehkan rakyat Malaysia menderma bagi bantu kurangkan beban hutang negara.


“Kita akan tubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk terima derma rakyat untuk membantu kedudukan kewangan negara,” kata Tun M, lapor Malaysiakini.

20180523 Cabinet Pc 04
sumber: mmo

Tun M yang juga anggota Parlimen Langkawi berkata, ramai di antara rakyat sedar tentang kedudukan kewangan negara yang sangat ‘buruk’ dan mereka juga sanggup menderma kepada kerajaan dalam apa cara sekalipun.

“Kita alu-alukan sikap patriotik mereka ini kita ucap terima kasih kepada mereka untuk tentukan derma ini sampai kepada pihak yang bertanggungjawab dalam kerajaan.

“Maka kerajaan tentukan semua derma ini diberi kepada kementerian berkenaan,” kata Tun M lagi.

Debkeslxkaaezlj
sumber: twitter

Terdahulu Tun M ada mengumumkan tentang situasi kewangan negara yang sedang menanggung hutang sebanyak RM1 trilion. Kerajaan terdahulu, Barisan Nasional dipersalahkan kerana didakwa terlalu bergantung dengan China selain daripada terlibat dengan skandal 1MDB.

Bagi yang nak menderma tu kita tunggu penjelasan lanjut dari Tun M kayy? Bagi yang tak mampu nak menderma, dermakan doa semoga semua kekusutan ni dapat diselesaikan dengan baik. 

Baca: “Hutang tersembunyi negara RM1 TRILION” – Tun M 

Tun 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.