‘Adakah hang tau aku sapa..?- Farid Kamil Tampar Dan Malukan Polis Depan Orang Awam

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Semalam seorang anggota polis mendedahkan bahawa dia pernah ditampar dan dimalukan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari ketika sedang bertugas dan berpakaian seragam..uissh biar betul, mentang-mentang artis.

Menurut bharian, Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin, 24 tahun berkata pelakon itu juga secara tiba-tiba juga bertindak agresif dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1 petang 11 November lalu di kaunter Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Selain malu kerana ditampar Farid di hadapan beberapa orang, pipi saya juga sakit dan pedih.”

Nizam berkata ketika sesi pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran, pada hari ketiga kes perbicaraan Farid semalam.

Menceritakan tentang kejadian tersebut, Nizam berkata seorang lelaki, Ashraf Ahmad yang juga saksi pertama kes pendakwaan farid telah membawa pelakon tersebut ke Balai Polis Trafik Kota Damansara untuk membuat laporan kemalangan.

Namun selepas sahaja Nizam bertanya lebih lanjut tentang kemalangan tersebut, Farid sebaliknya mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan artikel ‘300 artis meminjam Ah Long kerana tiada pekerjaan’.

Nizam berkata, dia bertanya kepada Farid adakah pelakon itu mahu membuat laporan polis tentang artikel berkenaan, tetapi…..

“Tertuduh menyoal saya semula adakah artikel itu betul dan saya menjawab yang saya tidak tahu.. tidak pasti lalu saya bertanya tertuduh kembali adakah dia terbabit dalam kemalangan dan sekali lagi dia menunjukkan artikel sama.”

So Nizam mencadangkan kepada Farid untuk melaporkan kes jenayah tersebut di balai polis berhampiran yang lebih arif dan tahu mengenai kes jenayah.

“Namun, Farid terus berdiri dan menjerit ‘adakah hang tau aku sapa?’, bagaimanapun sebelum dia sempat menjawab, tertuduh memberitahu sendiri ‘Aku Datuk Farid Kamil’.

Nizam berkata, Ashraf yang datang bersama Farid pada ketika itu bertindak menenangkan pelakon tersebut supaya tidak membuat kecoh dan terjerit-jerit di balai namun Farid terus menampar Ashraf..dia sedar tak apa dia dah buat tu sebenarnya?

Sumber : Google

Katanya dia terus bangun dari meja kaunter dan pergi kepada Farid dengan tujuan untuk menenangkan lelaki itu dan berkata ‘Datuk tidak boleh buat seperti ini, tidak boleh pukul orang awam’.

Tapiii…

“Tertuduh sekali lagi bertanya saya, ‘adakah hang tau aku sapa?’. Saya jawab, ‘ya, saya tahu Datuk Farid Kamil’ dan sekali dia bertanya kepada saya soalan sama sebelum terus bertindak menampar saya menggunakan tangan kanannya.”

Nizam berkata dia terpaksa menggari Farid kerana lelaki itu bertindak agresif namun kerana keadaan fizikal pelakon itu yang besar dan tinggi, menyukarkan dia untuk berbuat demikian.

“Beberapa kali saya mencuba untuk menggarinya tetapi tidak berjaya, namun selepas dibantu Ashraf dan seorang lagi orang awam yang berada di dalam balai, Farid akhirnya digari dalam keadaan meniarap,”

Menurut bharian, pada 16 Januari lalu, Farid mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan, iaitu mendatangkan kecederaan kepada seorang orang awam dan anggota polis, menghalang anggota polis menjalankan tugas dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kesat di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara kira-kira jam 1.20 petang, 11 Januari lalu.

Haishh sepatutnya benda boleh selesai cara baik, tak perlu nak ganas-ganas rasanya..apa pun admin harap semuanya akan selesai.

Baca : MV Terbaru Dato Aliff Syukri Tayang Rakan Artis, Influencer, Awek Western  Abang Sado Menari

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.