MV Terbaru Dato’ Aliff Syukri Tayang Rakan Artis, Influencer, Awek Western & Abang Sado Menari

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Biarpun terpalit dengan kontroversi, pengasas produk D’Herbs Dato’ Aliff Syukri tetap tak patah semangat untuk mempromosikan video muzik terbaru yang berjudul ‘Biar Apa Orang Kata’ biarpun masih sentap dengan Konsert Akhir Gegar Vaganza 5 semalam.

Kalau sebelum ini lagu Bobo Di Mana menampilkan dua srikandi jelita Nur Sajat & Lucinta Luna, lagu Biar Apa Orang Kata ini menampilkan rakan artis, seperti Wak Doyok, kumpulan Forteen, Zoey Rahman, Kak Girl, Arja Lee, Vicha Saywho, Liza Abdullah dan ramai lagi.

 

“Biar apa orang kata, awak helok” 

 

Berbeza dengan lagu Abang Nak tegur & Bobo Di Mana,mesej lagu Biar Apa Orang Kata ini meletakkan elemen-elemen motivasi.

Selain rakan artis, klip video berdurasi 3 minit 51 saat ini menampilkan sekumpulan ‘awek western’ dan abang sado sedang asyik menari.

Memang betul apa yang Dato’ Aliff cakap, memang tak ada seksi pun lah! Kalau sebelum ini, lagu yang dihasilkan berunsurkan ‘nakal-nakal’, lagu kali ini agak catchy

Untuk pengetahuan korang lagu ini merupakan hasil ciptaan Edry Abdul Halim. Patut lah best…

 

Masih moody pasal GV terakhir semalam

Sumber : Instagram

sy baru jee up di youtube 15mnit.. #biarapaorgkata lagu ciptaan @edryabdhalim ni dah relase di youtube baru je tadi di tv terlajaklaris yg sy buat khas utk mereka yakin diri dan happy walapun sebanrya saya tak happy dan rasa terhina”

Seperti yang kita maklum, Dato’ Aliff merupakan penaja utama Gegar Vaganza musim ini, konsert akhir semalam dia rasa kecewa dan terkilan sebab dilayan macam budak-budak sekolah

Menurut Dato’ Aliff, dia masih lagi sedih pasal hal semalam biarpun MV ni dah keluar kat Youtube TV Terlajak Laris tadi. Alahai kesiannya…

Semasa penggambaran muzik video ini, Dato’ Aliff ada menceritakan kelainan lagu inid aripada lagu-lagu lain. Yakin bahawa lagu ini boleh maju kehadapan

 

“Akan masuk tv dan nak masuk juara lagu”

Sumber : Instagram

Hmm, korang dah tengok dah video baru ni? Admin dah, tapi separuh je, tak sanggup nak habiskan  sebab rasa video ni boleh maju lebih daripada Juara Lagu, ada harapan nak sampai ke MTV Awards. Kalau tak percaya cer tengok.

 

Baca : “Saya bayar juta-juta kot??” – Aliff Syukri Rasa Terhina Dilayan Seperti Budak-budak Masa Konsert GV?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?