Pelakon popular, Farid Kamil kembali mencuri perhatian warganet selepas memuat naik sekeping foto dirinya tampil bergaya bersama seorang wanita di karpet merah sempena Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35).
Menerusi perkongsian tersebut, Farid kelihatan segak mengenakan kemeja batik merah yang dipadankan dengan seluar hitam serta bersongkok, manakala wanita di sebelahnya pula tampil anggun menyarungkan gaun malam berwarna hitam.
Artikel berkaitan: Farid Kamil Kekal Dengan Pendirian Tak Nak Ceraikan Diana Danielle
Artikel berkaitan: “Dalam bulan Ramadan penuh berkah ini semuanya selesai” – Farid Kamil & Diana Danielle Sah Bercerai
View this post on Instagram
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan ramai bukanlah sekadar penampilan mereka di acara berprestij itu, sebaliknya kapsyen panjang lebar dan penuh puitis yang ditulis oleh aktor berkenaan.
Dalam hantaran tersebut, Farid menyentuh soal takdir pertemuan antara dua jiwa yang tidak pernah dirancang, namun mempunyai hikmah tersendiri.
“Ada pertemuan yang tidak pernah kita rancang, namun terasa seolah-olah telah lama tertulis dalam takdir. Dua jiwa, dua perjalanan, dua cerita kehidupan… akhirnya dipertemukan pada waktu yang hanya Allah mengetahui hikmahnya.
Mungkin kita tidak bertemu untuk sekadar mengisi kekosongan hati, tetapi untuk saling mengenali, memahami dan memperbaiki diri,” tulisnya.
Rata-rata netizen turut membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi, termasuk ada yang mendoakan kebahagiaan pelakon itu sekiranya benar beliau kini sedang mengenali hati budi seseorang.

Sehingga kini, Farid masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung identiti wanita berkenaan mahupun maksud sebenar di sebalik kapsyen romantik tersebut.
Sumber: Instagram
