in

“Ya Allah sedihnya, anak syurga” – 4 Kematian Dilaporkan Hari Ini, Netizen Sebak Dapat Tahu Salah Seorang Adalah Bayi 1 Tahun

Bayi Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita semua ketahui, hari ini Malaysia mencatatkan 691 kes baru Covid-19 dan 4 kes kematian. Melalui Facebook, Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa keempat-empat kes kematian tersebut adalah kes ke-11154, 12431, 12432 dan 13067.

Kes kematian yang dilaporkan hari ini menarik perhatian rakyat di negara kita dan rata-ratanya tidak dapat menahan sebak kerana salah seorang mangsa adalah bayi berusia 1 tahun iaitu kes yang ke-12432.


https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10157417634031237

 

Difahamkan, bayi itu menerima rawatan di Hospital Semporna, Sabah sejak 1 Oktober 2020. Kesihatan anak kecil itu dilaporkan merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan.

Pada 5 Oktober lepas, keputusan ujian saringan mendapati bayi itu positif Covid-19 dan disahkan meninggal dunia semalam, jam 4.25 petang.

“Kes kematian ke-140 (iaitu kes ke-12432) merupakan bayi lelaki warganegara Malaysia berumur 1 tahun. Kes dibawa mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 Oktober 2020. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan. Saringan COVID-19 didapati positif pada 5 Oktober 2020. Kes disahkan meninggal dunia pada 5 Oktober 2020 jam 4.25 petang.”

 

“Tak dapat peluk cium anak”

Ramai netizen di media sosial menyatakan rasa sebak masing-masing apabila mendapat tahu si kecil itu dijemput Ilahi terlalu awal disebabkan Covid-19. Selain itu, mereka juga turut bersedih dan bersimpati dengan kedua-dua ibu bapanya kerana tidak dapat menatap, memeluk dan mencium anak mereka buat kali terakhir.

https://twitter.com/yasmin_myusoff/status/1313428975713091589

https://twitter.com/n1ccaa/status/1313428546887450626

https://twitter.com/AreenHanif/status/1313426201315213314

Ya Allah, sebagai seorang ibu yang ada anak umur yang sama, admin sedih sangat…

Baca: [TERKINI] Naik Hampir 2 Kali Ganda! 691 Kes Baru & 4 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Noor Hisham Abdullah2 03072020 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.