in

JANGAN Buat 4 Benda Ni Sejam Sebelum Lakukan Ujian Guna COVID 19 Self Test Kit

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, sekarang ni korang dah boleh buat sendiri ujian Covid-19 di rumah menggunakan Covid-19 Self Test Kit.


Saringan yang dibuat di rumah ini akan menggunakan sampel air liur. Walaupun ia mudah dilakukan dan boleh dapat keputusan dengan pantas, ada beberapa perkara yang korang buat boleh menyebabkan keputusan ujian jadi tak tepat.

Baru-baru ini, Public Health Malaysia ada kongsikan persiapan yang korang perlu buat satu jam sebelum korang ambil ujian ini.

1143139

Ini kerana, ada beberapa perkara yang menyebabkan sampel air liur sering ditolak oleh makmal kerana tidak berkualiti antara sebabnya adalah:

  • Air liur bercampur dengan bahan asing lain
  • Air liur terlalu sedikit (bawah 1.0ml)
  • Perubahan warna air liur akibat minuman/makanan
  • Gumpalan makanan, lendir/sisa lain
  • Berbuih-buih, sisa ubat gigi

JANGAN lakukan 4 perkara ini sebelum ambil kit ujian kendiri Covid-19

Oleh itu, pastikan korang bersedia satu jam sebelum ambil ujian dengan menghalang diri korang dari buat empat perkara ini.

1. Jangan makan dan minum

2. Jangan merokok dan vape

3. Elakkan berus gigi atau berkumur dengan pencuci mulut atau air garam

4. Jangan kunyah gula-gula getah

Selain itu, korang juga boleh berkumur dengan air kosong untuk keluarkan sisa makanan dan minuman seperti kopi.

Pun begitu, kalau korang dah ikut semua cara ni tapi ujian tunjukkan yang korang negatif dan simptom Covid-19 masih berterusan, seeloknya pergilah buat PCR test untuk double confirm okay?

 

Baca: Harga Siling Kit Ujian Kendiri COVID 19 Ditetapkan Pada RM19.90 – Menteri Kesihatan

Screenshot 2021 09 06 At 1.48.38 Pm

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.