in

Kadar Kebolehjangkitan Covid-19 Menurun, 4 Negeri Termasuk Selangor Catat R0 Bawah 1.0!

Collage 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 dalam Malaysia telah menurun ke angka 1.01 semalam berbanding angka semalam yang mencatatkan nilai r-nought (r0) sebanyak 1.03.



Penurunan ini telah diumumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan, dapat dilihat Sarawak telah merekodkan kadar r0 tertinggi iaitu pada 1.26, diikuti Perlis (1.25), Sabar (1.19), Penang (1.14), Kelantan (1.10), Kedah (1.08), Perak (1.06), Johor (1.05), Melaka (1.05), Terengganu (1.03), Pahang (1.01).

Manakala empat negeri telah mencatatkan nilai r0 di bawah 1 termasuk Selangor (0.96), Kuala Lumpur (0.90), Negeri Sembilan (0.85) dan Putrajaya (0.81) sementara Labuan hanya mencatatkan tujuh kes baru.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 17,672 kes positif baru dicatatkan semalam menurun dari 19,807 kes kelmarin.

Setakat ini, jumlah kumulatif kes positif di Malaysia adalah 1,572,765 dengan 260,700 kes aktif dan daripada jumlah ini, 1,040 sedang dirawat di unit rawatan rapi dan seramai 502 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

 

Baca: Kadar Jangkitan Covid-19 Turun Bawah 1.0 Kali Pertama Sejak April Lalu

Screenshot 2021 08 24 At 11.54.11 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.