in

Malaysia Diramal Capai 24,000 Kes Positif Sehari Menjelang Pertengahan September – DG Hisham

Cats 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia diramal bakal mencapai tahap kemuncak jangkitan Covid-19 pada pertengahan September depan dengan jangkaan 24,000 kes positif dalam sehari.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar kebolehjangkitan (RT) berdasarkan unjuran pada ketika itu adalah 1.2.

“Keberkesanan vaksin pula berada pada 75 peratus sekiranya kapasiti pemberian dos kedua adalah 100,000 sehari dan 80 peratus penduduk telah divaksinasi”, jelas beliau dalam satu kenyataan.

1001384

Beliau turut berkata, kes harian positif Covid-19 dijangka akan menurun semula di bawah 1,000 kes setiap hari menjelang bulan Oktober.

Jelasnya, berdasarkan unjuran yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes dijangkakan akan terus meningkat sehingga 17,000 sehari pada pertengahan Ogos ini.

“Jika kita boleh laksanakan 150,000 dos sehari untuk dos kedua dengan 80 peratus keberkesanan vaksinasi, pada Oktober kes harian positif Covid-19 akan turun di bawah 1,000”, jelas beliau.

 

Sumber: Sinar Harian

BACA: Ini Pecahan Kes Covid-19 Semalam Mengikut Kategori Menurut DG Hisham

2Dg

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.