in

Meninggal Dalam Perjalanan Ke Hospital, Petugas Sempat Ajar Syahadah Kepada Warga Bangladesh

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Malaysia sekali lagi telah mencatatkan angka kematian tertinggi sepanjang pandemik iaitu sebanyak 360 kes.


Untuk pengetahuan korang, dari jumlah kes kematian semalam sebanyak 85 kes merupakan kes kematian yang berlaku di luar hospital (brougt in dead) (BID).

Semalam, seorang petugas Unit Khas Van Jenazah yang menguruskan jenazah Covid-19 telah kongsikan pengalamannya cuba menyelamatkan seorang warga Bangladesh yang merupakan pesakit Covid-19.

Tiba-tiba diserang penyakit sawan

235469542 1108222979935743 7271135127162286794 N

Menerusi Facebook, Mr Wan Cai mengatakan yang pihaknya telah membawa seorang pesakit Covid-19 ke Hospital Klang, namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Pesakit ini kelihatan lemah ketika kami datang mengambilnya disebuah hostel perkerja yang terletak di Pulau Indah…

Tetapi tiba²-tiba pesakit ini seperti diserang penyakit sawan ketika kami hampir tiba dihospital…”

Sempat ajar ucap kalimah syahadah

Dalam keadaan tersebut, salah seorang petugas yang turut sama berada di dalam ambulans telah membantu pesakit tersebut untuk mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya.

235662931 1108222949935746 5497300179954821118 N

Seorang petugas kami juga sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah…

Tidak lama kemudian pesakit ini terus tidak bergerak lagi..
Setibanya dikecemasan hospital kami terus bergegas mencari staff yang bertugas…

Staff tersebut mengesahkan pesakit ini disahkan sudah meninggal dunia…

Kami sudah cuba untuk menyelamatkan nyawa saudara seislam kami…

Tetapi sudah Allah tetapkan kematiannya berlaku pada hari ini… Maafkan kami.”

Menerusi ruangan komen, Wan Cai menjelaskan pihaknya telah datang membantu warga Bangladesh tersebut kerana kawan-kawan arwah telah cuba hubungi 999 namun tiada respon.

Screenshot 2021 08 09 At 12.16.53 Pm

Perkongsian Wan cai ini telah mendapat hampir 300 perkongsian dan rata-rata netizen telah meluahkan simpati terhadap arwah dan ucapan terima kasih kepada petugas yang membantu.

 

Baca: “Lihat wajah jenazah melalui video call” – Anak Dapat Tahu Ibu & Bapa Meninggal Hari Yang Sama, Hanya Selang 29 Minit

Screenshot 2021 08 09 At 12.31.05 Pm

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.