in

WOW! Pengikut Tok Ti Di Instagram Cecah 7.8 Juta. Siti Harap Perkongsiannya Beri Manfaat

B5 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka dahulunya seorang gadis yang menjual kuih dari rumah ke rumah kini menjadi penyanyi tersohor Malaysia. Malah sepanjang lebih dua dekad penglibatannya dalam industri hiburan ini beliau telah berjaya menempa nama sebagai penyanyi nombor 1 negara.


B4 1

Itulah figura terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mempunyai peminat di segenap pelusuk dunia dan hal ini terbukti apabila beliau berkongsi jumlah pengikutnya di laman Instagram yang kini telah mencecah 7.8 Juta pengikut. Tahniah Tok Ti!

Dalam posting tersebut juga beliau telah menzahirkan rasa syukur kerana pengikutnya sudi mengikuti aktiviti hariannya sebagai seorang penyanyi, ibu dan usahawan berjaya.

View this post on Instagram

Terima kasih untuk 7.8 juta followers saya di instagram hari ini. Di sini, Saya berkongsi tentang kehidupan dan kerjaya, seorang Siti Nurhaliza. Sebagai anak, adik, kakak, isteri, ibu, majikan, pengarah & pemilik syarikat, pengasas produk dan tentunya saya sebagai anak seni-penyanyi, penulis lirik, pencipta lagu dan penerbit. Rutin harian, aktiviti seni, urusan perniagaan, promosi, gelagat menguruskan anak, hobi, santai bersama suami, keluarga, sahabat, semuanya adalah paparan peribadi saya di sini. Semoga setiap perkongsian ini ada manfaat untuk saya, untuk anda dan untuk kita bersama-sama. Terima kasih semua. ❤️❤️❤️ @blackpepperproduction @nurulshukor_official @galeriariani

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

 

Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini juga berharap agar setiap perkongsian dapat memberi manfaat kepada dirinya dan pengikut-pengikutnya yang lain.

Kegembiraan ini turut dikongsi bersama peminat-peminatnya yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kejayaan Siti pada masa hadapan.

B2B1B

 

Korang semua dah follow Tok Ti ke belum? Admin dah lama tau follow. Jom kita follow ramai-ramai sampai cecah 10 Juta!

Baca: “Carut mak lagi” – Netizen Terhibur Bila TokTi Respon Pasal Kena Carut Masa Beli Face Shield

B6

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.