in

“Carut mak lagi” – Netizen Terhibur Bila TokTi Respon Pasal Kena Carut Masa Beli Face Shield

Tokt5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mencuit hati orang ramai sebab dapat ‘maki hamun’ daripada seller lepas beli face shield secara atas talian dari luar negara.


Perkongsian daripada IG Story ctdk sebelum ini menjadi tular di media sosial, susulan itu ketika ditemubual oleh wartawan Melodi baru-baru ini, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti ini menjelaskan bahawa itu adalah taktik pemasaran peniaga tersebut.

 

Carut mak lagi – Tok Ti

Dengan arus peredaran zaman digital ini, ramai yang akan menggunakan cara mudah untuk membeli sesuatu barang menerusi alam maya, termasuklah Tok Ti sendiri.

Ketika dia membeli barang tersebut, Tok Ti menjelaskan bahawa sepanjang proses pemberian, dia menerima pesanan dengan kata-kata kesat.

Pada mulanya ingatkan kena scam, tetapi selepas diteliti rupa-rupanya memang itu strategi pemasaran peniaga tersebut.

Ya lah, kalau di Malaysia tu lain cerita lah, tapi ni luar negara kan, pasti diaorang tak familiar dengan Tok Ti. Tok Ti sendiri mengaku agak mustahil kalau orang dari negara luar mengenalinya.

Katanya lagi, pihak peniaga itu siap mesej balik TokTi lepas mendapati akaun IG TokTi ini ada ramai pengikut.

 

Tapi, apa yang membuatkan netizen makin cuit hati pasal temuramah ini adalah telatah TokTi. Umumnya, ramai tahu TokTi ini seorang yang rendah diri dan sopan santun, jadi kalau melakukan sesuatu perkara yang aneh pasti nampak comel.

Malah, ada yang puji dengan sikapnya yang begitu tenang, berfikiran terbuka dan tak mudah melatah kalau nak dibandingkan dengan artis baru yang ‘kuat gaduh’.

 

Tok Ti marah pun comel

Tokt Tokt2 Tokt3

Haraplah tak ada peniaga Malaysia ikut strategi ni.

Baca : “Hawaww kau!” – Tokti Terkejut Kena ‘Maki’ Dengan Seller Face Shield, Rupa-rupanya…

Fs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.