in

“What the f*ck! Sh*t!” – Guru Terkejut Kena Maki Dengan Calon SPM Sebab Tak Bagi Keluar Dewan 10 Minit Sebelum ‘Paper’ Habis

Ft Cikguimagine

Seorang guru wanita yang terkejut dan tidak dapat menahan sebak meluahkan semuanya melalui video TikTok baru-baru sebelum ia tular di media sosial.

Melalui klip itu, guru tersebut menceritakan kejadian di mana dia telah dimaki oleh seorang calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), semalam.

Selain tular di TikTok, video tersebut dimuat naik semula oleh seorang individu di Twitter dan mendapat perhatian ramai netizen serta merta. Menerusi video tersebut yang kini telah pun dipadam oleh guru terbabit, pelajar itu mengamuk kerana tidak dibenarkan keluar dari dewan peperiksaan.

Cikgu2

Bagaimanapun, memang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberikan arahan bahawa calon tidak dibenarkan keluar 10 minit sebelum masa diberikan untuk menjawab tamat. Melalui video itu, guru tersebut berkata,

Memang arahan yang ditetapkan oleh KPM, 10 minit terakhir calon tak boleh keluar (dewan). So, adalah satu calon ni dia tertidur, dia tak jawab pun soalan English Paper 2 okay.”

Saya dah banyak kali ketuk meja dia, with manner. ‘Excuse me, bangun jawab soalan.’ Pada pukul 12.40, lagi 5 minit nak habis paper dia terjaga.”

Dia bangun, dia ambil semua pen & pensil dia. Dia tak cakap pape, dia tunjuk pintu je, nak keluar. Saya cakap, ‘minta maaf tak boleh keluar sekarang, 10 minit terakhir tak boleh keluar’.”

So, apa dia reply… Dia cakap, ‘what the f*ck! Sh*t!” Adab. Adab dekat mana?”

Pada penghujung video, guru tersebut berkata dia tidak akan lupakan hari itu dan dia boleh dilihat cuba tahan diri daripada menangis dengan suara menahan sebak.

Cikgu3

Bagaimanapun video itu dipadam susulan permohonan maaf yang dibuat oleh pihak sekolah. Guru berkenaan kemudian memuat naik sebuah video di TikTok menjelaskan tentang hal itu dan katanya sebagai manusia biasa dia juga tertekan dan marah apabila perkara sebegitu berlaku kepadanya.

Permohonan maaf telah dibuat dari pihak sekolah atas apa yang dilakukan pelajar tadi. Anggap macam nilah, saya seorang guru dan seorang manusia saya ada hati dan perasaan. Memang saya dibayar gaji untuk menjadi seorang guru.”

Tapi saya tak dibayar gaji untuk dimaki, saya melakukan kerja dengan penuh kasih sayang. Sepanjang bergelar guru disiplin, sekali pun saya tak pernah maki budak. Pelajar sendiri datang dan mengaku salah mereka.”

Anggaplah itu cara saya lepaskan perasaan, TikTok tempat penceritaan harian saya. Minta maaflah kalau ada rasa tindakan saya tidak betul. Tapi sebagai manusia, apa saya buat itu perasaan saya yang terkejut dan tertekan dan marah dimaki oleh pelajar 18 tahun sebegitu rupa.”

Boleh tonton video tersebut di TikTok guru terbabit.

Walaupun pihak sekolah telah memohon maaf kepada guru tersebut, ramai yang berasa pelajar itu sendiri yang patut berjumpa dengannya dan minta maaf secara peribadi.

Baca: “Nampak pakai gelang emas terus turn off” – MK Buat Video TikTok Ala-Ala Nak ‘Mengorat’ Tapi Netizen Kritik Haram Pakai Gelang Emas

Ft Mkemas