in

“Nampak pakai gelang emas terus turn off” – MK Buat Video TikTok Ala-Ala Nak ‘Mengorat’ Tapi Netizen Kritik Haram Pakai Gelang Emas

Ft Mkemas

Dalam ramai-ramai ahli kumpulan K-Clique tu, MK boleh dikatakan antara yang selalu mendapat perhatian dan ramai peminat dalam kalangan kaum Hawa. Sebab itulah, video-video yang dimuat naik oleh penyanyi dari Sabah ini sering mendapat perhatian gegadis di media sosial.

Terbaru, MK ada memuat naik sebuah video di TikTok miliknya menunjukkan dia ‘miming’ mengikut lirik lagu di platform tersebut. Segak berbaju Melayu warna hijau dan bersongkok, MK membuat video ala-ala macam nak pikat hati gadis pilihan sebab lirik lagu tu adalah tentang mahu menikahi wanita.

Mk5

Seperti selalunya, ramai gadis akan terpesona melihat senyuman dan gaya MK tapi kali ini dia sebaliknya menjadi perhatian disebabkan hal yang lain.

Menerusi video itu, ramai yang fokus di tangan kiri MK yang dilihat memakai seutas gelang emas. Jadi, netizen terus memberi komen dan mengkritik MK kerana menggayakan gelang emas yang sememangnya haram untuk lelaki. Seorang peminat berkata,

HARAM tetap HARAM ya orang kampungku. Mau beli emas untuk simpanan dibolehkan tapi kalau pakai memang HARAM untuk lelaki.”

Mk4

Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk cuba menasihati dengan cara yang baik dan ada juga sesetengah yang mengecam tindakan MK memakai gelang emas.

Tapi ada juga segelintir gadis/wanita yang ‘tak ambil port’ pasal MK pakai gelang emas dan sebaliknya tetap memberi komen tentang penyanyi kesukaan mereka ini. Baca antara komen-komen dari netizen di video TikTok tersebut:

Comment 2

@mk.kc302

Haaaaaa. Sah?

♬ original sound – frh – frh

 

Baca: “Laki tak marah ke kak oiii” – Netizen Kritik Gambar ‘Daring’ Puteri Sarah, Posing Mesra Dengan Pelakon Lelaki

Ft Sarah