Warga Emas Pandu Ferrari Tumbuk Pemandu Lain Kerana Enggan Memberi Laluan Kepadanya

Tambah ke Sumber Pilihan
Warga Emas Pandu Ferrari Tumbuk Pemandu Lain Kerana Enggan Memberi Laluan Kepadanya

Jangan kata orang muda je berdarah panas, warga emas pun masih boleh bertumbuk tau!

Seorang wanita berusia 72 tahun dihadapkan ke mahkamah Isnin lepas kerana didakwa bertengkar dan menyerang pemandu lain yang bernama Mr Raphael Chong Yen Ping di Jalan Telok Ayer, Singapura pada pukul 5 petang 25 Februari 2014.


4 3
Sumber : Coconuts

Pergaduhan itu dikatakan berlaku oleh kerana Mr Chong enggan memberi laluan untuk warga emas tersebut kerana sedang menunggu untuk meletakkan kenderaan di kawasan berdekatan.

Warga emas itu, Shi Ka Yee yang sedang memandu sebuah Ferrari telah menekan hon beberapa kali dan meminta Mr Chong untuk mengalihkan kenderaannnya. Namun, beliau enggan bergerak dengan alasan beliau telah memberi ruang yang secukupnya untuk warga emas itu.

3 8 E1497505395554
Sumber : The Independent

Oleh kerana Mr Chong tidak mahu mengalah, warga emas berikut terus keluar dari Ferrari miliknya itu dan mula mengambil gambar kenderaan mereka.

Seorang saksi di tempat kejadian berkata wanita itu tidak mahu merisikokan Ferrari tersebut tercalar dan enggan meneruskan perjalanan dengan alasan beliau takut kereta mewahnya tidak muat untuk lalu.

Warga emas itu juga ikatakan telah memberikan tumbukan pertama setelah mendengar Mr Chong berkasar dengannya.

Kalau tak tahu memandu, jangan pandu Ferrari.”

Tumbukan itu menyebabkan lelaki tersebut mengalami luka di bahagian kening sebelah kanan.

1 10
Sumber : Straits Times

Namun setelah disoal siasat, Mr Chong berkata beliau tidak pernah melontarkan ayat kasar, “Saya tidak ingat pun sama ada kami ada berbual. Wanita itu cuma mahu saya alihkan kereta saya dan dia berasa tidak puas hati kerana saya tidak ikut permintaannya”.

Perbicaraan itu telah ditangguhkan ke 29 Jun dan jika sabit kesalahan, warga emas itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sebanyak $5,000 atau kedua-duanya sekali.

Oleh itu, kita haruslah belajar mengalah lebih-lebih lagi dengan orang yang lagi tua daripada kita. Kalau tak makan penumbuklah nampaknya!

Baca : Dua Warga Emas Belasah Pekerja Kerana Minta Alihkan Kenderaan Di Bazar Ramadan

5 3 E1497508439487

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syahirah Izzati
Lagi tulisan Syahirah
Seorang gadis yang mampu makan dan tonton video kucing secara berterusan di luar norma manusia biasa. Kurang songeh dan berkebolehan membuat anda tersenyum sinis.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Warga Emas Pandu Ferrari Tumbuk Pemandu Lain Kerana Enggan Memberi Laluan Kepadanya
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/warga-emas-pandu-ferrari-tumbuk-pemandu-lain-kerana-enggan-memberi-laluan-kepadanya/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM