Dua Warga Emas Belasah Pekerja Kerana Minta Alihkan Kenderaan Di Bazar Ramadan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dua Warga Emas Belasah Pekerja Kerana Minta Alihkan Kenderaan Di Bazar Ramadan

 
 
00:00 /
 
1X

Pada bulan Ramadan, hampir kesemua rakyat Malaysia tidak kira umur mempunyai satu destinasi yang mereka wajib pergi setiap tahun iaitu bazar Ramadan! Tetapi di Sabah, pasal parking di bazar pun orang boleh bergaduh.

Video yang kini tersebar luas di media sosial menunjukkan seorang pekerja di sebuah kedai CKS Penampang, Kota Kinabalu telah diserang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki lebih berumur. Kenapa?

Sumber : Facebook

Menurut Coconuts, pergaduhan itu telah berlaku kerana parking sahaja! Rakaman CCTV telah menunjukkan seorang lelaki pertengahan usia memasuki kedai lalu melepaskan satu tumbukan di muka salah seorang pekerja di situ.

Lelaki berumur itu terus memukul pekerja tersebut beberapa kali sebelum pekerja itu menyerangnya pula..

Sumber : Facebook

Sedang mereka bertumbuk, rakan lelaki berusia itu pula datang untuk menolong kawannya dan terus menyerang pekerja itu. Pergaduhan akhirnya terlerai dengan pertolongan orang awam dan seorang polis wanita.

Sumber : Facebook

Rupa-rupanya, pekerja kedai itu telah meminta lelaki berkenaan untuk mengalihkan kenderaannya kerana beliau telah menghalang trafik di bazar Ramadan berdekatan.

Lelaki yang menyerang itu mengalihkan kenderaannya tetapi tidak lama kemudian dia menghampiri pekerja tersebut dan menyerangnya juga.

Sumber : Facebook

Dua jam selepas insiden itu, mangsa terus membuat laporan polis di Balai Polis Penampang. Pihak polis dilaporkan telah memulakan siasatan dan sedang memburu dua orang suspek yang terlibat dengan insiden tersebut.

Nampaknya lepas ini kita naik teksi jelah senang!

Baca : Dua Kumpulan Lelaki Bertengkar dan Menyerang Satu Sama Lain di Restoran Nasi Kandar Pulau Pinang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syahirah Izzati

Seorang gadis yang mampu makan dan tonton video kucing secara berterusan di luar norma manusia biasa. Kurang songeh dan berkebolehan membuat anda tersenyum sinis.