in

Warga Emas Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Lepas Dikejar Anjing Liar

Kerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, hangat isu diperkatakan apabila seorang warga emas berusia 65 tahun meninggal dunia apabila dikatakan dikejar oleh anjing liar.



Berita Harian melaporkan bahawa, kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 6.30 di  Dengkil, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad, berkata saksi ternampak wanita itu sedang berjalan perlahan menghala ke Taman Baiduri Dengkil sebelum dilihat terjatuh selepas mendengar bunyi anjing menyalak dengan kuat.

Namun, hasil mendapati bahawa tiada unsur jenayah dan wanita itu meninggal dunia akibat serangan jantung.

Bagaimanapun, pihak Persatuan Haiwan Malaysia tampil beri keterangan situasi sebenar. Ia susulan dengan kemarahan yang timbul oleh pembenci anjing di negara ini yang anggap anjing jalanan ini membahayakan.

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KEMATIAN MENGEJUT WANITA YANG DIDAKWA DISERANG ANJING DI DENGKILInsiden dakwaan wanita mati…

Posted by Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association on Selasa, 29 September 2020

Malah, mereka juga menepis dakwaan bahawa anjing itu telah menyerang, kerana tiada bukti kecederaan pada badan warga emas itu.

 

Baca : “Masih mampu berjalan sebelum ‘terduduk'” – Netizen Simpati Nasib Tapir Cedera Dilanggar Kereta di Dungun

Tapir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.