in

Bengang Tak Nak Jaga Cucu, Warga Emas Dip*kul Menantu Sampai Patah Tulang Rusuk

Ft Patah Tulang Rusuk

Seorang wanita warga emas dari China patah empat tulang rusuk selepas dituduh mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga cucu-cucunya dan dikhabarkan lebih mengutamakan hubungan cinta.

Perbalahan itu berlaku apabila salah seorang daripada cucunya menghubungi ibu mereka menerusi CCTV rumah dan memaklumkan dia kurang sihat, dia mendakwa bahawa neneknya enggan memeriksa suhu badannya.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Anggota Komando Pat*h Tulang Rusuk Selepas Terjatuh Ketika Aktiviti Payung Terjun

Artikel berkaitan: Patah Tulang Rusuk, Warga Emas Cedera Ditanduk Lembu Korban

Bengang tak jaga cucu, nak jumpa teman lelaki

Screenshot 2026 07 15 153734

Sejurus sahaja mengetahui berita tersebut, wanita itu terus bergegas ke rumah. Setibanya di rumah, warga emas yang dikenali sebagai Shen itu menjelaskan bahawa cucunya itu susah untuk dikawal malah Shen mengatakan dia sedang sakit gigi.

Namun, ketika menantunya ingin membawanya ke hospital, Shen menolak sebaliknya mengatakan dia ingin melawat teman lelakinya.

“Saya lebih rela mati daripada kena jaga cucu,” kata Shen.

Suasana menjadi lebih tegang sehingga membawa kepada keganasan fizikal apabila menantu Shen menyerang warga emas tersebut sehingga mendatangkan kecederaan pada bahagian muka dan patah empat tulang rusuk.

Laporan mengatakan bahawa ia bukanlah pertama kali Shen diserang oleh menantunya kerana gagal menjaga cucu.

Bagaimanapun, anak kepada Shen iaitu Jiao menyebelahi isterinya dan melabelkan ibunya sebagai orang yang tidak bermoral dan turut menyatakan bahawa dia memang layak dipukul.

Dia turut menuduh Shen lebih mengutamakan hubungan cintanya berbanding berbanding cucu-cucunya dan menegaskan bahawa dia memberikan elaun bulanan memandangkan Shen sedang mengalami masalah kewangan.

Tak pernah dapat elaun bulanan daripada anak

Screenshot 2026 07 15 153706

Bagaimanapun, kakak kepada Jiao menepis dakwaan tersebut dengan mengatakan Shen yang seorang pekerja sanitasi bergaji rendah telah mengharungi kesusahan selama bertahun-tahun dan mengatakan bahawa ibunya berhak mendapat peluang untuk berkongsi hidupnya dengan pasangan yang penyayang dan sebaya.

Tambah kakaknya lagi, biarpun pendapatannya tidak seberapa, Shen telah memindahkan lebih daripada 100,000 yuan (sekitar RM 61,000) kepada dua anak lelakinya itu.

Shen pula menegaskan bahawa dia tidak mahu membesarkan cucu-cucunya dan serangan tersebut telah menyebabkan dia tidak dapat bekerja atau terus memberikan sokongan kewangan kepada Jiao.

Screenshot 2026 07 15 153647

Dalam pada itu,, peguam Ma Junzhe berkata, isteri Jiao boleh menghadapi pendakwaan atas kecederaan yang disengajakan yang menyebabkan kecederaan ringan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Ma menekankan bahawa tanggungjawab undang-undang untuk membesarkan dan mendidik anak-anak terletak pada ibu bapa mereka. Memandangkan Jiao dan isterinya kedua-duanya bekerja, Shen tidak mempunyai kewajipan undang-undang untuk menjaga anak-anak mereka, katanya.

Setakat ini, kes keluarga mereka ini masih lagi belum diselesaikan tetapi ia tular di negara tersebut dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Sumber : South China Morning Post