Mungkin sudah lama pendam, seorang warga emas berumur 77 tahun dari Temerloh, Pahang bertindak membakar rumah jirannya.
Menurut sumber, warga emas tersebut tidak berpuas hati dengan bunyi radio yang dimainkan oleh jirannya pada tahap kuat hingga mengganggunya sejak sekian lama.
Artikel berkaitan : “Superhero sebenar” – Berani Pertaruh Nyawa, Orang Awam Berjaya Tarik Keluar 2 Mangsa Kebakaran Di Klang
Artikel berkaitan : Kebakaran Jejas 107,000 Hektar Kawasan Hutan, Indonesia Dakwa Tiada Negara Jiran Lapor Terjejas Jerebu
Tindakan itu dirakam sebelum video tersebut tular di media sosial. Dalam rakaman yang tular, lelaki tersebut yang dalam keadaan tidak berbaju menuju ke kediaman jirannya sebelum api dinyalakan dan merebak dengan pantas di pintu masuk rumah tersebut.
Kejadian itu telah mengundang perhatian orang ramai kerana pertikaian yang pada asalnya berkaitan dengan bunyi akhirnya membawa kepada ancaman penghuni rumah dan di sekitarnya.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut. Sumber melaporkan bahawa api telah berjaya dipadamkan dan mujur tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.
Boleh tonton video penuh disini.
Warga emas yang mempunyai masalah kesihatan tersebut telah ditahan untuk membantu siasatan tetapi dia telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan diteruskan.
Sumber : Sinchew Daily
