Mangsa yang terselamat menyifatkan kejadian banjir kilat yang melanda Nepal, semalam seperti satu limpahan lumpur yang sangat besar.
Salah seorang mangsa yang terselamat dan kini sedang menerima rawatan di hospital, Keshav Prasad Baral, 68 berkata lumpur tersebut terus naik tinggi ketika ia menghampirinya.
Artikel berkaitan : Banjir Nepal : Kakak Lega Kawasan Adik Di Annapurna Terselamat
Artikel berkaitan : 19 Jambatan Musnah, Talian Putus: Lebih 50 Rakyat Malaysia Masih Hilang di Nepal
Lebih memilukan, warga emas tersebut menyatakan isterinya gagal menyelamatkan diri dan hanyut di depan mata.

“Apabila saya melihat banjir memasuki rumah kami, saya cuba memegang tangan isteri saya dan membawanya ke teres. Tetapi dia dihanyutkan oleh lumpur itu.”
“Sebuah helikopter membawa saya ke tempat selamat empat jam kemudian tetapi isteri saya masih dalam lumpur. Dia telah tiada.”
Seorang lagi mangsa yang terselamat Bibek Kumal, 24 berkata, dia menyelamatkan diri dengan berpaut pada pokok mangga sambil memerhatikan rumah tempatnya bekerja hilang.
“Saya mula berlari namun, tiba-tiba air melimpah seolah-olah seperti berlaku gempa bumi.”
Arus deras kemudian menghanyutkan Kumal ke hilir bersama lumpur dan sisa runtuhan, namun dia bernasib baik kerana tersangkut pada pokok mangga.
Sumber : Harian Metro
