in

Warga Emas Ditemui Mati Dalam Keadaan Tertiarap Dengan Separuh Badan Ditimbus Tanah Di Ukay Perdana

Polis menemukan mayat seorang lelaki warga emas yang dipercayai sudah meninggal dunia dalam keadaan tertiarap dengan separuh daripada badannya tertimbus tanah.

Lelaki itu yang disyaki dibunuh, ditemukan berhampiran sebuah kolam tadahan hujan milik Jabatan Pengairan dan Saliran di Jalan UP 3/1 Ukay Perdana semalam.

Polis menemukan mangsa dalam keadaan tertiarap, berpakaian lengkap tidak berselipar dan separuh badan telah tertimbus dengan tanah,”- Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Mohd Azam Ismail

Susulan penemuan pada 1.30 tengahari itu, polis menahan seorang kontraktor berusia 56 tahun dan anak lelakinya berumur 35 tahun yang bekerja sebagai pemandu jengkaut.

Kedua-dua suspek dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung penemuan mayat lelaki berusia 64 tahun itu yang juga pemandu jengkaut dan pekerja kontraktor, lapor Bernama.

Malah suspek juga mendakwa sebelum ini telah mencari dan menghubungi mangsa namun tidak berjawab.

Pemeriksaan awal polis mendapati mangsa ada kecederaan teruk pada bahagian badan dan kepala.

Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Bagaimanapun motif dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Shahrul Nizam di talian 019-8032684 atau balai polis berhampiran.

 

Baca : Hantu pun nak sado; [VIDEO] Seram! Polis Tengok Alat Senaman Outdoor Bergerak Sendiri?

Sumber: Bernama