in

“Hantu pun nak sado” – [VIDEO] Seram! Polis Tengok Alat Senaman ‘Outdoor’ Bergerak Sendiri?

Featured Image 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya semua tahu, kita sebenarnya berkongsi tempat dengan makhluk halus, cuma kita tak boleh nampak dengan mata kasar je. Tapi kadang-kadang, kehadiran dorang tu kita boleh rasa tau… Takutnyaaa


Bukan kongsi tempat tinggal je! Mereka ni turut kongsi perkhidmatan dan barang yang kita selalu guna seperti kenderaan awam, taman permainan, dan alat senaman outdoor.

Berkenaan dengan hal tersebut, baru-baru ini dilaporkan sekumpulan anggota polis di Uttar Pradesh, India berdiri kaku lepas melihat alat senaman outdoor bergerak dengan sendiri.

Menerusi The Sun, anggota polis tersebut sempat merakam alat-alat itu bergerak dengan sendiri. Difahamkan, bukan satu alat je yang bergerak sendiri, tapi lebih dari itu.

Dia bawa geng tau, ajak fitness sama-sama…

Hasil siasatan polis, mereka mendapati ini sebenarnya adalah prank sahaja. Mereka syak ada individu yang meletakkan sejenis minyak pada alat senaman tersebut.

Bila ianya dihayun dengan tekanan yang kuat, alat itu akan bergerak sendiri dengan jangka masa yang panjang.

Sementara itu, seorang warganet turut memuat naik satu video penjelasan tentang perkara mistik berkenaan. 

Buat hal lah manusia, kesian hantu kena fitnah…

 

Baca: “Dengar bunyi orang baca jampi” – [Video] Seram! Penjaga Asrama IPT Kongsi Detik Dikacau Sepanjang Tiada Penghuni

Annotation 2020 06 17 135526

 

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.