in

Wanita Kecoh Konon Lahir Anak Luar Nikah Seorang Pelakon Buat Ujian DNA, Rupa-rupanya…

Bukan Anak Dna

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ingat lagi kisah wanita misteri yang buat pendedahan bahawa dia telah menjalinkan hubungan terlarang dengan seorang pelakon lelaki sehingga melahirkan anak luar nikah? Haa kali ini kisah yang sama muncul lagi kerana wanita tersebut sudah mendapat jawapan di sebalik kekusutannya dulu.


Menurut mStar, wanita yang berusia 20-an itu telah pun melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan sudah mengenal pasti siapakah dalang yang patut bertanggungjawab terhadap bayi telah dilahirkannya pada Oktober lalu.

Eugene
gambar hiasan

Namun keputusan yang dikeluarkan oleh pihak hospital amat mengejutkan. Ia sekaligus menolak dakwaan yang pernah dilakukan wanita tersebut terhadap pelakon lelaki itu.

Saya sudah membuat ujian DNA dan ternyata anak itu bukan hubungan dengan mana-mana artis dan saya minta maaf jika ada yang menjadi mangsa fitnah selepas kenyataan saya tempoh hari. 

“Saya berharap dengan kenyataan ini dapat menjernihkan nama mana-mana artis yang terkait,” jelasnya. 

Alahai… itulah hari tu beriya-iya menuduh! 

Vlcsnap 2017 11 15 10H47M43S988
sumber: mstar
Vlcsnap 2017 11 15 10H48M04S648
sumber: mstar

Bersama-sama penjelasan ini, wanita tersebut juga mengakui kesilapannya dalam membuat dakwaan dengan tergesa-gesa hingga ia memberi kesan dan pandangan buruk terhadap beberapa orang artis lelaki tidak lama dulu.

Malah wanita tersebut juga dalam masa yang sama tidak mahu isu ini diperbesarkan kerana dia bakal mendirikan rumah tangga dan memulakan hidup baru dengan lelaki lain.

“Saya akui kesilapan saya dalam membuat tuduhan melulu dan menyebabkan beberapa artis terkena tempias. Saya juga bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang sanggup menerima saya seadanya,” katanya lagi.

Terdahulu, pelakon yang terkena tempias daripada gosip ini, Idris Khan menafikan dirinya dikaitkan dengan dakwaan menghamilkan kekasih hingga melahirkan anak luar nikah. Dia juga dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dengan teman wanitanya yang berasal dari Maghribi.

Idris Khan 1
sumber: malaysian access

Tula, main buat statement melulu. Sekarang dapat kecaman orang lain, lepas tu pelakon pun terkena tempias dengan kata-kata hang. Aiyo…

Baca: “I memang taknak kahwin dengan dia” – Wanita Mahu Pelakon Tampil Buat Ujian DNA Anak Luar Nikah

F Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.