“I memang taknak kahwin dengan dia” – Wanita Mahu Pelakon Tampil Buat Ujian DNA Anak Luar Nikah

Tambah ke Sumber Pilihan
“I memang taknak kahwin dengan dia” – Wanita Mahu Pelakon Tampil Buat Ujian DNA Anak Luar Nikah

Kisah wanita ditinggalkan suami selepas melahirkan anak atau lelaki tidak mahu bertanggungjawab ni selalu sangat kita lihat dalam drama-drama di kaca televisyen. Namun tak sangka pula, ada di antara pelakon yang terbawa-bawa babak dalam drama tersebut hingga ke dunia nyata.

Seorang wanita misteri dikatakan telah mendedahkan kepada media bahawa dia kononnya hamil anak kepada seorang pelakon lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap darah daging sendiri, lapor mStar.


Ws6 1
Sumber: The Drowes

Menurut mStar, wanita berusia awal 20-an itu kecewa dengan sikap pelakon tersebut yang cuba lari daripada tanggungjawabnya. Pun begitu, wanita tersebut khabarnya selamat melahirkan bayi mereka pada 3 Oktober lalu dan telah menguruskan pendaftaran bayi dengan baik.

Mengakui mereka pernah bercinta empat tahun lalu tetapi putus di tengah jalan, wanita itu mendakwa pelakon tersebut telah mengajaknya makan malam dan tidur bersama di Port Dickson selepas bertemu semula baru-baru ini melalui aplikasi Bigo.

Ws3
Sumber: mStar

Lelaki tersebut katanya menghilangkan diri selepas kejadian itu dan sedar-sedar wanita berkenaan sudah hamil tiga bulan! Terkejut dengan kehamilan tersebut, wanita berkenaan telah cuba menghubungi pelakon itu menggunakan pelbagai cara, tetapi dia tidak diendahkan olehnya malah diserang oleh teman wanita lelaki berkenaan pula. Ish, ish, ish! 

“Saya memang taknak dah kahwin dengan dia. Saya tidak mahu memanjangkan cerita kepada orang lain, saya cuma mahu dia datang jumpa dan buat ujian DNA sama ada bayi ini anak dia atau bukan.”

Ws2
Sumber: mStar
Ws1
Sumber: mStar

Selain itu, wanita berkenaan juga mendakwa dia tidak berniat meminta pelakon tersebut berkahwin dengannya atau menjaga bayi mereka, sebaliknya dia hanya mahu lelaki itu membayar kos pemeriksaan kandungannya selama dia menerima rawatan di hotel swasta.

Bersyukur dengan penerimaan keluarganya, wanita itu merayu agar pelakon lelaki kegilaan ramai itu menghubunginya segera bagi menyelesaikan kes mereka dengan cara yang baik. Dia berjanji akan menjaga bayi tersebut dalam apa keadaan sekalipun.

Jika benarlah semua yang diceritakan, mohon pelakon lelaki yang terbabit segera menghubungi wanita ini untuk menyelesaikan masalah mereka secara baik. Kesian anak tu nanti tak tahu siapa ayah dia. 

Nota: Gambar kanan dia atas adalah untuk tujuan ilustrasi.

Baca: It’s A Boy! Kehadiran Cahaya Mata Sulung Lengkapi Kehidupan King Coco dan Suami

Baby 1

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“I memang taknak kahwin dengan dia” – Wanita Mahu Pelakon Tampil Buat Ujian DNA Anak Luar Nikah
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/memang-taknak-dah-kahwin-dengan-dia-wanita-cuma-mahu-pelakon-tampil-buat-ujian-dna-anak/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM