in

Wanita Dakwa Melahirkan ‘Bayi Ajaib’ Yang Boleh Mengucap Salam Sebaik Dilahirkan

Bayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar sebelah kiri hanya gambar hiasan.


Kalau semalam kecoh kisah kubur seorang gadis yang masih dara dibongkar kerana ilmu hitam, hari ini Indonesia sekali lagi gempar apabila tersebarnya berita seorang gadis yang juga masih dara dikatakan melahirkan bayi yang dikandungnya hanya dalam tempoh tiga jam.

Wehhh kegilaan apakah ini??

Mungkin kisah gadis yang masih sunti mengandung dan melahirkan bayi ini bukanlah kali pertama kita dengar kerana Maryam ibu kepada Nabi Isa AS juga pernah melalui kejadian tersebut atas kehendak Allah SWT.

Namun yang membezakan kisah Utje Ramadani, 19, yang berasal dari Selatan Sulawesi ini ialah anak kecil yang digelar ‘bayi ajaib’ mengucapkan ucapan ‘Assalamualaikum’ sebaik sahaja dilahirkan selain dari hanya berada tiga jam di dalam kandungan, lapor Tribun.

Utje Ramadani Ibu Bayi Ajaib Di Enrekang 20170704 110644
sumber: tribun

Menurut sepupu Utje, Erwin, kejadian tersebut dengan secara tiba-tiba sahaja menimpa sepupunya.

Kelmarin perutnya tiba-tiba membengkak hingga tiga jam, setelah itu terus dia melahirkan bayi.”

Semenjak bayi seberat 3kg itu dilahirkan, dia telah menerima pelbagai pandangan skeptik serta cemuhan masyarakat yang menganggap kisah kelahiran tersebut sengaja direka-reka.

“Saya tak yakin perkara tersebut benar berlaku. Sejak dari kewujudan bumi ini, hanya ada satu bayi sahaja yang dilahirkan tanpa ayah, anak Maryam iaitu Nabi Isa,” kata salah seorang penduduk tempatan, Muslimin Bando.

Untuk membuktikan sama ada kejadian yang menimpa Utje itu benar atau tidak, pihak kerajaan dan organisasi NGO telah meminta pihak berwajib untuk memeriksa keadaan ibu dan bayi.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan pasukan perubatan mendedahkan bahawa ibu dan bayi berkenaan dalam keadaan nornal dan baik. Malah tidak ada juga tanda-tanda kelahiran prematur pada bayi tersebut. Melalui jangkaan doktor, bayi tersebut dilahirkan secara normal. Hmm… betul ke ni?

Tribun Kalteng Bayi Di Enrekang 20170705 102035
sumber: tribun

Buat masa ini pasukan perubatan tersebut masih melakukan pemeriksaan ke atas ibu dan bayi untuk memperbetulkan informasi yang mereka terima sebelum ini. Pelbagai versi kisah mengenai bayi tersebut telah tular di masyarakat dan mereka harus tahu membezakan yang mana benar dan mana pula yang palsu.

Kan… banyak orang yang buat cerita palsu untuk kepentingan diri sendiri. 

Walau bagaimanapun, datuk kepada bayi tersebut menolak cucunya diberi vaksin dengan alasan bayi tersebut ajaib, lalu ia tidak perlu diberi sebarang vaksin atau vitamin. Ah, pulak dah!

Dpr Akan Panggil Menkes Dan Bpom Terkait Vaksin Palsu Bayi C1P
gambar hiasan

Malah keraguan timbul saat ibu bayi tersebut diajukan soalan oleh pasukan perubatan, justeru keluarganya yang lebih banyak menjawab dari ibu muda tersebut. Sah ada sesuatu ni!

Pihak keluarga juga dikatakan sangat tertutup dan jawapan yang mereka berikan juga tidak begitu jelas dan kadang-kadang bercanggah dari sebelumnya. Pun begitu, sehingga kini pihak media tidak dibenarkan melihat bayi ajaib tersebut dan bercakap secara terus dengan Utje.

009323800 1499051177 Img 20170701 Wa0006
sumber: regional

Dewan Penasihat Majlis Ulama Indonesia (MUI) menasihatkan supaya orang ramai tidak terlalu percaya dengan hal-hal yang tidak diketahui kebenarannya. Tambahan pula masyarakat gemar mengaitkan sesuatu hal dengan perkara mistik.

Kadang-kadang tak faham kenapa masih ada orang yang suka mengada-adakan cerita sebegini. Kemudian kaitkan dengan perkara mistik pula tu. Kalau benar-benar berlaku kenapa hendak berselindung?

Baca: Kubur Gadis 16 Tahun Digali Semula Didakwa Atas Tujuan Ilmu Hitam 

Kubur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.