Pelbagai cara digunakan jika seseorang itu mahu menguasai ilmu hitam. Salah satunya adalah menggali semula kubur gadis yang meninggal dunia ketika masih dara. Macam mana dorang tau masih dara?
Satu berita mengenai sebuah kubur seorang gadis di sebuah kampung di Indonesia telah digali semula tersebar luas di internet baru-baru ini.
Menurut Malaysian Digest, kubur tersebut merupakan milik gadis berusia 16 tahun, Silvia Musakkir yang merupakan salah seorang penduduk sebuah kampung di Sulawesi Selatan.
Silvia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 28 Jun lalu dan disemadikan keesokan harinya di Desa Bontosunggu, Kecamatan Tamalatea Jeneponto.
Menurut saksi kejadian, Lenteng, 34, dia berada di dalam tandas rumahnya kira-kira jam 6 pagi pada 2 Julai lalu sebelum ternampak kubur itu dari tingkap.
“Saya baru bangun (dari tidur) dan ketika mahu membuang air kecil saya ternampak lubang di kubur berusia 3 hari itu jadi saya keluar untuk periksa.”
Sebaik melihat kubur itu terdapat tanda-tanda seperti digali semula, Lenteng menjerit untuk membangunkan penduduk setempat. Ratusan penduduk kampung yang terdengar jeritannya berlari ke kubur tersebut untuk mengetahui apa yang terjadi.
Mereka kemudian mendapati mayat remaja berkenaan masih dalam keadaan sempurna meskipun kuburnya sudah digali semula oleh individu tidak bertanggungjawab.
Laporan mendakwa kubur Silvia yang terletak 20 meter di belakang rumahnya itu dikatakan telah digali atas tujuan ilmu hitam kerana kain kafan tersebut sudah terbuka.
Menurut ketua kampung itu, Baharuddin, mereka tidak menolak kemungkinan jika ianya adalah atas tujuan ilmu hitam kerana perkara itu bukanlah pertama kali berlaku di kampung tersebut.
Pengamal ilmu hitam dipercayai akan mencari mayat gadis yang masih dara atas tujuan menguatkan lagi ilmu tersebut.
Disebabkan itu, bapa saudara Silvia, Haruna Talli meminta kubur gadis berkenaan dijaga pada waktu malam.
“Kuburnya diawasi pada waktu malam. Sejak hari pengebumiannya saya sudah mengingatkan supaya kuburnya dijaga kerana dia meninggal dunia pada malam Jumaat dan dalam keadaan masih dara.”
“Dua hari berturut kuburnya dijaga, namun pada malam ketiga tiada yang menjaganya dan pada malam itulah kuburnya digali.”
Ketua Polis Jeneponto, Hery Susanto bagaimanapun menasihati orang ramai untuk tidak menyebarkan tuduhan palsu memandangkan motif tidak diketahui dan keluarga mangsa tidak mahu siasatan lanjut dijalankan.
“Terdapat kemungkinan kubur itu dimusnahkan oleh binatang buas seperti babi atau anjing buas.”
Takkan binatang korek sampai dalam kot? Kesan korek pun nampak macam guna cangkul.
Jenazah Silvia dilaporkan dimandikan semula sebelum ditanam sekali lagi oleh ahli keluarganya.
Pihak polis juga berkata akan memantau kes sebegini kerana bimbang kejadian yang sama akan berulang di tempat lain.
Korang rasa binatang buas ke atau kerja orang yang taksub ilmu hitam?
Baca: “Dia milik aku, aku nak pisahkan dia dengan suaminya…” – Pasangan Baru Kahwin Disihir Bekas Tunang