in

Viral Video Pemain Harimau Malaya Rai Kejayaan di Kelab Malam, Tapi Netizen ‘Spot’ Sesuatu…

Pemain Harimau Malaya Clubbing

Rakyat Malaysia minggu ini meriah dan bahagia apabila pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya telah mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 secara merit setelah penantian 42 tahun untuk merebut piala itu.

Bagaimanapun, sebuah video telah tular di mana beberapa pemain skuad bola sepak negara sedang meraikan kejayaan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 dengan ‘berseronok’ di sebuah tempat dipercayai kelab malam.

Video berdurasi lapan saat itu tersebar di media sosial dan Whatsapp dan antara pemain yang kelihatan berada dalam video tersebut adalah Junior Eldstal, La’Vere Corbin-Ong, Dominic Tan dan Darren Lok.

Selepas video tersebut tular, netizen mendakwa terdapat salah seorang pemain yang beragama Islam turut kelihatan dalam video itu dan pemain tersebut sedang memegang sesuatu di tangan yang dilihat seperti rokok.

Memetik laporan portal Harimau Malaya, pemain kacukan Malaysia-Sweden, Junior Eldstal mengakui beliau sedar video seperti itu akan mencetuskan tanggapan yang tidak baik, tetapi beliau menjelaskan bahawa iannya hanyalah sekumpulan keluarga dan rakan meraikan kejayaan bersama.

“Saya tahu ramai salah faham dengan video tersebut terutamanya di sini (Malaysia) yang boleh memperlihatkan tidak baik, saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut mengenai video itu tetapi terdapat pemain-pemain bukan muslim bersama.

Apabila sesuatu yang berlaku seperti ini iaitu berjauhan dengan keluarga dan rakan selama sebulan dan kemudian berjaya mengecapi kejayaan ia satu momen yang cukup bahagia untuk kami keluar dan meraikannya,” katanya.

Sebagai info, Harimau Malaya menewaskan Bangladesh 4-1 dalam perlawanan terakhir kelayakan Kumpulan E di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 14 Jun lepas.

Baca: “Jiwa raga untuk Malaysia” –  Berjaya Layak Ke Piala Asia 2023, Netizen Puji Kim Pan Gon

Untitled Design 2022 06 16T103505.307