Wajah rakyat Malaysia hari ini pastinya berseri-seri selepas pasukan bola sepak negara berjaya menamatkan penantian 42 tahun untuk pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 secara merit selepas berjaya mengalahkan Bangladesh 4-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
Selain pemain Harimau Malaya, jurulatih Kim Pan Gon juga telah mendapat pujian netizen dek kerana berjaya mengendalikan pasukan ini dengan baik dan meraih kejayaan besar.
https://www.instagram.com/p/CeyjIadJNw4/
“Coach yang sayangkan team Malaysia”
Sebagai tanda apresiasi kepada Kim Pan Gon, netizen telah memuat naik satu video di TikTok memaparkan saat manis coach tersebut bersama pasukan kendaliannya.
Video berkenaan memaparkan coach berkenaan ‘mengusik’ pemain dan saat-saat di mana Ultras Malaya menghadiahkan t-shirt khas bertulis ‘Dari Korea untuk Malaysia’ kepada Kim Pan Gon selepas perlawanan dengan Bangladesh berakhir.
@tshirt_shop_tiktok #ultrasmalaya #ekorharimaumalaya #ekorharimausejati #ultrasmalaya07🇲🇾🐯 #um07 #malaysiatiktok #harimaumalaya #harimaumalaya🐯 #kimpangon
“Kamsahamida Kim Pan Gon”
Pujian terhadap Kim Pan Gon telah memenuhi media sosial hari ini yang mana rata-rata sangat terharu dengan usaha yang dicurahkannya dan berharap kejayaan pasukan Harimau Malaya ini berterusan.
Tak cukup dengan itu, ada juga sempat buat lawak mengatakan wajah Kim Pan Gon seiras wajah pelakon Squid Game. Haahlah ingatkan min je rasa macam tu!
Baru dengar @farizal_marlias dalam radio rencah apa @kimpangon bawa.
Coach Kim terap Disiplin dalam padang, Speed dan paling penting “Winning Mentality” sentiasa nak menang dan jangan rasa selesa.
I think segalanya dah terbukti.🫶🏻 https://t.co/m5E9NrOKJP
— Dil (@aidyl_z) June 15, 2022
Apa-apapun tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya. Semoga kejayaan dan prestasi yang ditonjolkan ini akan berterusan.
Baca: “Akhirnya, lepas 42 tahun!” – Malaysia Menang Besar, Layak Ke Piala Asia 2023